Tuesday, January 10, 2017

Ohh...pegawai dia, Idris Harun hanya saksi

SPRM sahkan ambil keterangan Idris Haron 
Nuradilla NoorazamAstro Awani |  Januari 10, 2017 18:08 MYT
SPRM sahkan ambil keterangan Idris Haron
AZAM: Datuk Seri Idris Haron merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM pada November lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, mengesahkan telah mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi membantu siasatan kes pada Isnin. 

Timbalan Pesuruhjaya Operasi Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan menjelaskan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Idris yang merupakan ADUN Sundai Udang itu merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM pada November lalu atas dakwaan rasuah.

"Pegawai SPRM telah menyerbu pejabat Ketua Menteri pada jam 2 petang Isnin," jelasnya.

BACA: Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron

Bagaimanapun katanya, maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh dideahkan bagi memelihara integriti siasatan.
Menurut laporan akhabar The New Straits Times, beberapa dokumen yang mempunyai kaitan dengan ketua menteri turut dirampas.

* Dah serbu pejabat Idris, maknanya ada atau banyaklah fail berkaitan kes suspek berada di situ.....

1 comment:


  1. Mana boleh setakat jadi saksi. Dia boss. Dia yang sepatutnya buat aduan. Sebab dia yang mengurus dan meluluskan setiap kerja yang di buat. Kalau semua ikut peraturan termasuk tempoh siap kerja dan pembayaran mengikut prosedur pun terjadi lah pemberian rasuah dia sebagai KM sepatutnya dapat hidu.

    Dengan dia sekali sepatutnya di siasat.

    Macamlah file tersebut tidak ada di bahagian lain.

    ReplyDelete