Kerajaan guna duit rakyat bayar ganti rugi, kata peguam
Kerajaan juga bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian penjawat awam yang kerana ia mempunyai kuasa penyeliaan, kata Sivakumar.
PETALING JAYA: Kerajaan perlu membayar ganti rugi apabila anggota polis didapati bersalah atas salah laku sivil kerana ia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan penjawat awam, kata peguam.
R Sivakumar berkata, di bawah undang-undang, kerajaan juga bertanggungjawab kerana ia mempunyai kuasa penyeliaan terhadap kakitangan awam.
Sivakumar mengulas perdebatan hangat di media sosial yang wang pembayar cukai dibazirkan di mahkamah dengan membayar ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa kerana kecuaian penjawat awam.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati pihak polis bertanggungjawab ke atas kematian pemandu lori P Chandran di lokap Dang Wangi selepas keperluan perubatan beliau tidak dilayan.
Hakim S Nantha Balan menganugerahkan RM357,000 sebagai ganti rugi kepada balu Chandran, N Selvi, dan anak perempuan, C Rita, kerana kecuaian dan penyalahgunaan jabatan awam. RM50,000 lagi dianugerahkan sebagai kos.
Daripada jumlah itu, Nantha dianugerahkan RM200,000 ganti rugi teladan kerana polis menafikan hak dan kebebasan Chandran.
Nantha berkata terdapat kecuaian disebabkan kegagalan polis menghantar Chandran untuk mendapatkan rawatan.
Tambahan pula, beliau berkata pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota polis bagi kematian Chandran. Kematian itu turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Selvi dan Rita memfailkan saman itu pada 2014 berikutan keputusan inkues yang mendapati polis bertanggungjawab terhadap kematian kerana kesilapan mereka.
Chandran, 47, bapa 6 anak, ditangkap pada 6 September 2012 dan ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi selama 4 hari kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan.
Dalam tempoh itu, dia tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat-ubatan yang cuba diberi ahli keluarganya.
Pegawai penyiasat Inspektor Mohd Saidon Shaari dan Inspektor Mahezel Md Noh, pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis Cheras, ketua polis negara dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.
Peguam M Visvanathan berkata Akta Prosiding Kerajaan perlu dipinda terlebih dahulu untuk meletakkan kesalahan secara langsung kepada kakitangan kerajaan kerana tidak mengikut undang-undang dan peraturan.
“Kebenaran yang menyedihkan adalah kerajaan kini menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelesaikan tuntutan,” katanya.
Peguam berkata, dalam kes Chandran, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak memaklumkan kepada orang ramai tindakan akan diambil terhadap pegawai bawahannya berikutan keputusan semalam.
Visvanathan berkata, Suruhanjaya Polis juga perlu bertindak terhadap Khalid susulan begitu banyak kejadian kematian dalam tahanan dan kejadian tembakan sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan yang Khalid cuai dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua polis Selangor atas kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis pada 2009.
ni pun satu penyakit lagi besar kepala
ReplyDeleteselalu buat asyek terlepas
jangan ingat semua orang bodo
ada penjawat awam yang maseh cuai n
sombong dalam tugas
ingat kedzoliman didunia akan ada balasan
dihari manusia dihidupkan semula tak kan mati
lagi sampai bila bila
hidup ni belajarlah sikit ambil kira diakhirat
Sepatutnya pegawai polis yg terlibat mesti dihukum sebab kecuaiannya menyebabkan kematian. Sekurang-kurangnya dihukum denda & penjara ikut berapa berat kesalahan, bukannya dilepaskan begitu sahaja. Ini sebagai pengajaran agar ianya tidak berulang lagi.
ReplyDelete