Sunday, January 1, 2017

Ketua Pesuruhjaya SPRM cubit sape ni?

SPRM minta penjawat awam henti main golf di luar negara
Dikemaskini 1 Jan 2017, tengahari 12:10
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Katanya, SPRM sentiasa melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penjawat awam.

“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.

“Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.

“They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dzulkifli turut berkata rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam dilihat semakin membimbangkan dan beliau mengingatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

“Segelintir penjawat awam kadang kala lupa mereka seharusnya berkhidmat untuk rakyat dan menjadi pelindung kepada hasil dan kepentingan negara.

“Sekiranya jenayah rasuah dan penyelewengan ini tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat tetapi juga akan mengakibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat terjejas,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Nafi teragak-agak

Sementara itu beliau menafikan pihaknya teragak-agak untuk melakukan siasatan melibatkan ahli politik.

Sebaliknya katanya ia hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda masing-masing.

“Ia hanyalah persepsi semata-mata. Sebenarnya dakwaan itu sering dimainkan dan dikitar semula oleh mereka yang tidak ikhlas serta mempunyai agenda tertentu.

“Ia bukanlah satu perkara atau isu baru kerana telah pun diutarakan berulang kali sebelum saya menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya lagi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata SPRM sentiasa bersedia menerima sebarang maklumat atau laporan berhubung kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan ‘tanpa memilih bulu’.

Tiada istilah ikan bilis, jerung

Katanya, setiap maklumat atau laporan akan disiasat serta diteliti kesahihannya bagi menentukan sama ada ia mempunyai asas dan elemen rasuah sebelum SPRM membuka kertas siasatan.

“Jika hasil siasatan mendapati mana-mana individu terlibat dalam perbuatan rasuah dan ada bukti-bukti yang mencukupi, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengira jawatan, ideologi politik dan kedudukan orang yang disiasat itu,” kata beliau.

Tambahnya, dalam memerangi rasuah, tidak wujud istilah ‘ikan bilis’ ,‘jerung’, ‘anai-anai’ atau ‘nyamuk’ kerana sekiranya mereka tidak dibasmi ia akan membawa kemudaratan besar kepada masyarakat.

“Justeru saya akan memastikan jentera SPRM dilancarkan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira personaliti atau jumlah terlibat.

“Rasuah tetapi rasuah dan ia satu jenayah keji yang harus diperangi habis-habisan,” katanya. - sumber

5 comments:

  1. berani ke dia nk tangkap najib??

    ReplyDelete
  2. Mmain gof obersi lagi musat losa dali ssapu wang libu libu juta ??

    ReplyDelete
  3. jnagn cakap saja bila sampai kes besar teketar ketar pulak
    mula lah siasat apa lagi nak tunggu tunggu
    ini kes main gof dah lama jadi budaya
    jangan jadi tunggul

    ReplyDelete
  4. Pergi main golf pakai duit poket sendiri tak boleh ke....bini pi shopping yg laki dgn geng berlibur main golf...bukan pi dgn duit rasuah atau 1MDB...jgn nk pening2..pi tangkap perasuah yg dh jelas dan nyata...

    ReplyDelete
  5. ni kaki sembang mcm barua.jadi bos pun atas lantikan najib..
    wayang buat keja saja la keja mangkuk ni

    ReplyDelete