[VIDEO] PAS Pengkhianat Sebenar!
Siapa tikam siapa? soal PKR kepada PAS
SHAH ALAM: Pemimpin PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid secara sinis mengingatkan PAS agar tidak lupa kejadian pertindihan kerusi yang membabitkan dua parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.
Tegasnya walaupun PKR-PAS bersahabat, terutama ketika menjalin hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka perlu akur kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik parti.
"Siapa yang tikam belakang, siapa yang bersahabat?
"Tikam belakang, berlawan tiga penjuru, letak calon di Terengganu seramai tiga orang, Selangor seorang, Pulau Pinang seorang. Komen saya, untuk bersahabat, kita kena nilai kepentingan orang ramai. Jika ada kepentingan itulah satu-satunya payung untuk meletakkan persahabatan itu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu kewujudan Pakatan Rakyat (PR).
PAS-PKR sebelum ini bertelagah dalam meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Sementara di Pulau Pinang di DUN Sungai Acheh, Selangor di DUN Kota Damansara dan Johor pula di DUN Panti.
Reaksi Abdullah Sani itu diberikan selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan partinya tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutama dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik.
Beliau mengingatkan PKR agar tidak 'berperangai' seperti parti serpihannya, Amanah meskipun dua parti berkenaan bekerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu sahaja Mohd Amar turut mengingatkan PAS bukan 'tangga' untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga partinya dilupakan apabila ada pihak yang sudah sampai ke atas puncak.
Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika mengulas lanjut bagaimanapun enggan 'melayan' peringatan berkenaan kerana apa yang penting adalah persiapan parti-parti pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Kita tidak berwatak begitu.
"Waktu ini adalah waktu bersiap siaga untuk berperang dengan Umno-BN. Itu jelas. Masa untuk bercakap soal integriti dan sebagainya, kita pinggirkan, tumpu untuk tumbang Umno-BN," tegasnya. - antarapos
Pas: Kami tak suka sahabat tikam belakang
KOTA BHARU - Pas berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, melalui dasar yang sama juga, Pas ingin mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti itu untuk menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti itu.
“Sahabat kita, baru atau lama, duduk elok-elok dengan kita. Terutamanya PKR. Nak berkawan dengan Amanah boleh, tapi jangan berperangai seperti Amanah. Kena jaga, terutamanya di Kelantan.
“Kita sejak dari dulu hingga kini, tidak pernah sekali pun khianati sahabat. Kita tidak suka budaya tikam belakang. Kalau nak tikam, tikam depan-depan,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Biro Penerangan Bersatu, Deen Qassim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan ramai lagi.
Menurutnya, Pas telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau juga memberitahu, malah Pas bukanlah ‘tangga’ untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga parti itu dilupakan apabila sudah sampai ke atas puncak.
“Bila sampai atas, lupakan tangga yang naik tadi. Kena ingat, tidak selamanya kita berada di atas, satu masa mesti kita mahu turun. Masa itu, tangga juga yang dicari nanti," katanya. - SH
ULASAN GB
Apa yang PAS dakwa semuanya terkena kepada dirinya semula. Tuduh AMANAH dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, akhirnya kesemua tuduhan itu kembali kepadanya.
Tuduh dan fitnah golongan AMANAH sebagai Syiah, akhirnya terdedah pekung yang PAS itu yang sebenarnya berbaik dengan Syiah tanpa menhiraukan rakyat Syria yang mati bergelimpangan dibunuh oleh Syiah, tuduh AMANAH kononnya parti RM2 tetapi lupa PAS pernah membuka keahlian partinya dengan bayaran percuma!
Munuduh AMANAH dan PKR khianat, tetapi ternyata sejarah membuktikan PAS itu yang khianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat khususnya di dalam PRU 13 dimana PAS menikam belakang rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dengan meletakkan calonnya di kerusi-kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Sungai Acheh, Kota Damansara dan Panti.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS bakal terhukum dan terhumban di dalam PRU14 nanti. Insha Allah.
Dicatat oleh Green Boc di 12:02 PG

lama tak jumpa perkataan lebai kelarah..
ReplyDeletekahkahkah
puak2 ni bukan takat kelarah je pak din,ni puak pelacur agama