Tuesday, January 3, 2017

2017: Apa yang Wak rasa.....

2017 telah muncul dan Wak rasa rakyat yang macam Wak ni akan bertambah beban untuk mengisi poket kleptokrasi.

2016 kata nak saman SARAWAK REPORT tapi  sampai masuk 2017 pun tak saman.....Wak rasa mereka bukan takut nak saman tapi  takut pecah tembelang.

Ringgit jatuh....cukai makin tinggi....subsidi di hapuskan....malah Kerajaan nak buat projek Keretapi yang tambangnya rakyat tak mampu bayar..naik Air Asia lagi murah..

Wak tengok BN makin celaru....serpihannya menonjol begitu juga dengan pecahan dari Pas....

 Pas pula makin keliru dengan identiti....nak jadi  Pembangkang tapi  tak nk kuasa cuma nk jd PENASIHAT....dah ganti tahun tapi  Wak  tak nampak apa yang Pas dah nasihat kat BN.

BN dah nk abes oksigen tapi  Pas beri nafas...sebab tu Wak  tak suka Pas..

Memang  tak ada  UG sebab Pas tu Penasihat....maksudnya satu bumbung la.....ngeteh kat London pun sama2.

Kita tak perlukan parti yang macam ni.... tak  ada  pendirian malah menipu pengikutnya.

Geger dengan   RUU355 dan sanggup buat genjatan senjata....RUU355 dah di simpan BN jadikan alat  PRU14 nanti....Pas pula nak buat Himpunan Raksasa

Tak ada pun Himpunan Raksasa  nak terang  RUU355...paling lawak Presidennya pergi Iran tapi   tak kena cara..

Wak bukan apa.....orang tu jelas tak betul tapi  pengikutnya mati2an sokong Ketuanya g Iran..

Aduhh....ni puak apa la..satu dunia tak setuju dengan dia tapi  ada penyokong lak..haha....agaknya tolong menolong nak menutup salah laku.

Memang best Wak tengok Tahun 2016.....tak kira lawak dari Menteri....termasuk Geng Jamal baju merah..Malaysia jadi  bumi para pelawak.

2017 semua nak baru....azam pun baru....Kerajaan juga kita perlukan yang baru..kita ganti je  BN dan Pas dengan Harapan yang baru.

Wak nak ingatkan.....kita rakyat Malaysia ni perlukan bersatu tenaga demi Negara.....kita tak perlu ikut macm Amerika..

Kita buang sikap takut kerana  di ugut oleh kleptokrasi dan kita ambil azam harapan yang baru sebagai senjata dan jati diri Pembela Negara Tanahair Tercinta.

BN  tu  tak perlukan nasihat sebab dah mereput....Pas pula  tak perlu jadi Penasihat kerana  gagal menasihati Partinya sendiri.

Membujur lalu melintang patah....alang2 kita berpijak di sini....kita bina ketamadunan yang sejahtera serta kasih sayang..

Maafkan Wak.....Wak bukan nak bergaduh tapi  Wak cuma berteruns terang je..AZAM WAK 2017 ialah menjadi dan membina yang lebh baik dari hari ini.

Tamat

WAK CANGKUL

1 comment:

  1. Keluhan yang Wak rasai itu juga di rasai oleh mereka yang punyai perasaan. Saya sendiri merasa aneh bila parti Pak Lebai yang konon nya faham agama sanggup bersekongkol dengan parti yang kerap menyusahai rakyaat. Kemana pergi nya ayat ayat Qur'an yang kerap di sampai kan ketika berkuliah begitu juga dengan Hadis-Hadis yang melarang se seorang yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Firman ALLAH dan Sabda Rasulullah kini seolah olah untuk menyedap kan halwa telinga sahaja. Yang menyedih kan mengapa masih ada lagi saki baki yang terus menanguk di bawah dagu tuang president yang sudah tersasar jauh dari landas perjuangan. Kalau pun masih sayang kan PAS, laku kan lah perubahaan dengan mengantikan tempat tuang president dengan mereka yang berkebolehan. Mungkin dek kerana sumpahan "CHAI" sehingga parti Pak Lebai ini bercelaru.

    ReplyDelete