Showing posts with label POYO. Show all posts
Showing posts with label POYO. Show all posts

Thursday, July 6, 2017

Aduyaaii.........parahnya bila POYO dan buta hati!

* Parah jadinya bila.......
Tuduhan ikut sedap mulut atau nafsu
Orang yang tidak sealiran dengannya semuanya salah, tak betul?
Yang perasan celik Qur'an tu, gitukah ajaran dari al-Qur'an? 
Yang buatkan dia seronok tu kerana ramai yang memang buta pertimbangan dan menjadi Pak Angguk dan dijadikan ratib mereka pula!

THURSDAY, JULY 06, 2017
BUTA AL-QURAN-KAH AKU? 
(Teguran tulus untuk Presiden Pas)
1. Bukan untuk berbangga, tetapi sekadar memulahazahkan diri sendiri. Aku telah mendengar dan memperdengarkan bacaan al-Quran-ku selama tiga tahun dgn guru sehingga tamat tanpa gugur walaupun sepatah. Bacaan al-Quran-ku bersanad. 

2. Sudah lebih 10 tahun aku jadi imam solat terawih, dan sekurang-kurangnya 10 juz al-Quran aku baca dalam solat terawih setiap tahun. Antara 30 - 40 orang bersolat terawih bersamaku. 

3. Aku sudah berkuliah tafsir di Perlis semenjak hampir 25 tahun yg lalu dan kini sudah sampai juz yg ke 21. Kuliah itu aku sampaikan dgn nota yg aku sediakan sendiri berpandukan beberapa kitab tafsir muktabar. Kini kuliah itu masih berlangsung. 

4. Tidak ada hari yg aku tak baca al-Quran dan aku khatam al-Quran dalam tempoh tertentu tanpa leka. Di rumahku juga ada beberapa kitab tafsir muktabar yg aku rujuk termasuk puluhan versi tafsir ada dalam Maktabah Syamilah komputer riba aku. 

5. Anak-anak aku juga, aku dan keluarga aku sendiri yg ajar mereka membaca al-Quran. Tidak ada seorang pun anak-anakku yg tak tahu baca al-Quran, bahkan mereka boleh membaca dgn lancar semenjak awal usia lagi. Ada yg menghafaz al-Quran secara bersendirian. 

6. Dalam realiti itu, dua tahun lalu aku nekad keluar Pas. Aku ulang, aku keluar Pas secara nekad dgn menyertai Amanah. Dan, semasa dalam Pas dan selepas keluar Pas, begitulah rutin kehidupan aku bersama al-Quran, tidak pernah berubah. 

7. Aku percaya, ribuan ahli Amanah juga kehidupan mereka dengan al-Quran sama seperti aku, bahkan aku yakin ada yg lebih baik berpuluh kali ganda berbanding aku. Mereka juga bekas ahli Pas. Hal yg sama juga ada pada mereka yg tak pernah pun masuk Pas. 

8. Tiba-tiba Abdul Hadi berkata, sesiapa keluar Pas buta al-Quran. Hah... buta al-Quran-kah aku dan kami? Jika setara aku dan kami (maaf, bukan utk bangga) masih dikata buta al-Quran, setara manakah baru dikira tak buta al-Quran? Adakah semua orang Pas sekarang tidak ada yg buta al-Quran, atau mereka dikira celik al-Quran kerana bersama Pas dan bukan bersama al-Quran?  

9. Aku kenal ramai orang Pas, bahkan begitu kuat dokong Pas, baca al-Quran pun merayap-rayap. Apabila ada usrah, dia mengelak utk baca al-Quran kerana takut diketahui tak tahu baca al-Quran. Adakah mereka tak dikira buta al-Quran? Oh tidak dikira begitu sebab mereka orang Pas...! Begitukah? 

10. Maafkan aku wahai Abdul Hadi. Usahlah kamu rasa diri kamu dan parti kamu suci tanpa noda. Usahlah kamu cuba persoalkan nilai agama orang lain. Usahlah kamu ambil kerja Tuhan utk menentukan kesyurgaan atau kenerakaan orang lain. Jadilah hamba Tuhan, bukan cuba jadi Tuhan...! 

11. Inilah teguran tulus daripada Zola utk Abdul Hadi. Zola cerita tentang diri Zola sendiri bukan utk bangga, tapi Zola tak ada maklumat tentang diri orang lain. Itu saja. Sekadar itu saja...! Semoga cerita ini menjadi iktibar kpd semua yg baca posting Zola ini. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm 

Saturday, July 1, 2017

Sipondan bangang akan kena saman?

SATURDAY, JULY 01, 2017

KETUA PENERANGAN PAS BANGANG DAN TAK FAHAM UNDANG-UNDANG!! BELIAU BEROTAK UDANG!! SAYA AKAN SAMANNYA!!
Saya cabar ketua penerangan PAS iaitu nasrudin hasan tantawi untuk sebut secara jelas nama siapakah yang pergi buat laporan pada pihak penguatkuasa undang-undang di switzerland, united kingdom, peranchis, singapura, hong kong serta FBI!!

Tolong bagi tahu ketua penerangan PAS yang bangang ini agar jangan berkias-kias lagi dalam tuduhannya yang tidak berasas itu!!

Sekiranya mempunyai sikap bertanggungjawab; nasrudin hasan mesti sebut nama 'pelapor' secara jelas dan buktikan secara sahih orang yang pergi buat laporan di 5 negara-negara luar tersebut meminta kuasa asing campurtangan dalam urusan negara malaysia!!

Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini tidak berani sebut nama saya secara jelas serta terbuka sebagai pelapor di negara-negara luar tersebut maka saya ingin nyatakan nasrudin hasan seorang yang 'bacul!!'

Kalau takut nak sebut nama saya tolong jangan campurtangan dalam isu skandal 1mdb yang beliau, pemimpin-pemimpin serta parti PAS tidak tahu fakta hakikat kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini.

Nasrudin hasan ini pada pada realitinya juga seorang yang cuba menegakkan benang yang basah!! 

Mungkin kerana takut disaman atau diambil tindakan undang-undang maka dia bercakap dengan bahasa kiasan saja.

Bila saya lawan najib tun razak, rosmah mansor, jho low, riza aziz serta keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb; saya buat laporan pdrm serta sprm dan sebut nama-nama mereka secara jelas lagi terbuka !!

Setiap hari saya naik turun mahkamah untuk pertahankan diri serta prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran bagi selamatkan malaysia.

Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini nak libatkan diri dalam kes skandal 1mdb; saya cabar dia sebut nama 'khairuddin abu hassan adalah pelapor yang kononnya pergi meronda-ronda di switzerland, peranchis, united kingdom dan amerika syarikat untuk buat laporan meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal tanahair kita.'

Ketua penerangan PAS yang bangang lagi 'dungu' ini tak faham pentakrifan 'kesalahan jenayah pengubahan wang haram' di luar negara dengan campurtangan kuasa asing.

Bila masa saya pergi ke luar negara untuk meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal dalaman tanahair kita?!

Apakah membuat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang bagi menyiasat kesalahan jenayah serta sivil yang terbukti di luar negara itu membawa erti saya pengkhianat?!

Ataupun mereka sedang mencipta alasan untuk menangkap saya semula?!

Bolehkah nasrudin hasan seorang politikus yang telah tersimpang dari syariat agama serta aqidah perjuangannya membuktikan saya mengkhianati negara malaysia?!

Saya bukan macam pemimpin-pemimpin PAS yang fasiq!! Mereka memperalatkan agama untuk tujuan survival politik PAS!! 

Mereka telah terpesong dari aqidah agama islam yang melarang kita bersubahat dengan rasuah!!

Sebab itu saya selaku pemimpin akar umbi umno pada waktu itu terpaksa pikul tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah untuk lawan segala bentuk kemungkaran presiden parti saya sendiri!!

Ini adalah kerana saya terpaksa memikul amanah antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia!!

Untuk menghadapi soalan serta hukuman Allah swt di padang mashyar kelak merupakan satu perkara yang amat menakutkan saya!!

Malangnya pada hari ini PAS boleh berdiri di sebelah umno dan BN serta menganggap isu kes skandal 1mdb sebagai isu nyamuk!!

Duit negara hilang rm28 bilion dan hutang tertunggak syarikat 1mdb (anak syarikat kementerian kewangan secara 100%) berjumlah rm50 bilion parti PAS kata ini isu nyamuk?!

Marilah keseluruhan rakyat malaysia berdoa agar Allah swt memberi petunjuk dan buka semula pintu hati 'dungu' pemimpin-pemimpin PAS yang haprak ini!! Amin!!

Pada hemat peribadi saya pemimpin-pemimpin PAS dah mula 'sewel' kerana kemungkinannya 'dedak haram' telah membantutkan dan memperbodohkan pemikiran waras mereka selama ini!!

Mungkin juga lilitan serban di kepala mereka terlalu berat dengan dosa-dosa kerana sedang bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup sehingga membuatkan ramai daripada tokoh pemimpin PAS termasuk presidennya menjadi bodoh!!

Najib tun razak dan rosmah mansor tidak berani memohon pencelahan dalam kes terbaru saman sivil DoJ!!9 Peguam negara pun hanya bercakap politik tetapi tak berani hantar nota bantahan secara rasmi pada DoJ!!

Cuba nasrudin hasan tantawi tanya najib tun razak serta apandi ali; kenapa begitu?! Tapi mereka hanya berani cakap politik kosong saja!!

Suruhlah kerajaan malaysia bertindak secara rasmi dalam isu saman sivil terbaru DoJ!!

Asas agama islam yang berteraskan pada al-quran serta as-sunnah cukup mudah iaitu agama islam melarang amalan rasuah!!

Kita lawan rasuah kini mereka pula bersekongkol serta bersubahat dengan amalan rasuah yang jijik itu!!

Pemimpin-pemimpin PAS ini ramai dah jadi bangang!! Mereka tak faham asas undang-undang!! Tapi malangnya mereka nak tunjuk pandai dan cuba mengupas isu-isu yang mereka sendiri tidak faham!!

Saya cabar nasrudin hasan untuk sebut nama saya secara terbuka sebagai pelapor kalau dia anak jantan!! Saya nak berjumpa dengan beliau dalam kamar mahkamah dan biarkan proses undang-undang membuktikan siapa yang benar serta siapa yang bersalah!!

Untuk pengetahuan ketua penerangan PAS yang bangang ini dalam kes tahanan dan perbicaraan di bawah akta SOSMA; saya sudah pun menang di mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan serta mahkamah persekutuan!! Di bawah pertuduhan jenayah Seksyen 124 L Kanun Keseksaan pun saya sudah menang di Mahkamah Sesyen pada 12.05.2017 !!

Apa maknanya bila saya telah menang di semua peringkat mahkamah?! Sebab itu saya kata ketua penerangan dan pemimpin-pemimpin PAS ini amat bangang!!

Akhirkata, saya menuntut nasrudin hasan tantawi membuat permohonan maaf secara terbuka di atas fitnahnya kepada saya!!

Beliau ada 4 hari mulai hari ini bagi merakamkan permohonan maaf tersebut kerana walaupun beliau tidak menyebut nama saya; sebagai fakta yang nyata semua orang di seluruh dunia tahu bahawa sayalah pelapornya!!

Seandainya ketua penerangan PAS yang bangang ini gagal berbuat demikian maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang keatasnya!!

Nawaitu saya membuat laporan pada pdrm, sprm serta penguatkuasa undang-undang di 5 negara luar adalah untuk meminta mereka menyiasat kes salahlaku penyelewengan dana kerajaan dan duit rakyat di bawah pengubahan wang haram melalui bank-bank dari amerika syarikat, switzerland serta singapura!!

Pada realitinya, saya nak selamatkan dana kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan oleh para pengkhianat bangsa, agama dan tanahair.

Natijah daripada perjuangan untuk menegakkan kebenaran ini saya telah hilang segala-galanya namun saya sama sekali tidak merasa gusar kerana Allah swt senantiasa bersama saya. Insya-Allah. Amin yarabbal alamin. 

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
Koordinator Deklarasi Rakyat 
30 Jun 2017

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm

* Kalau diamati trek rekodnya 'di situ' tempat bersarangnya geng-geng bangang serta pengikut2nya!

Wednesday, May 3, 2017

Atas kekuatan apa Abdul Hadi menunjukkan kesombongannya?

Duhai Hadi, siapa nak jadikan PAS hotel persinggahan?
Hambali Abdul Latiff -  2 Mei 2017, petang 3:20
ULASAN | Parti pembangkang manakah yang mahu jadikan PAS sebagai ‘hotel persinggahan’ untuk dijadikan batu loncatan demi pilihan raya?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti hilang akal apabila menyifatkan parti pembangkang lain sebagai hanya mahu menggunakannya untuk menang pilihan raya.

Begitu angkuh dan sombong sekali Abdul Hadi meletakkan PAS seolah-olah sebagai parti pembangkang yang dominan segala-galanya berbanding parti lain.

Atas kekuatan apa Abdul Hadi menunjukkan kesombongannya?

Apakah dengan bertanding 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 Abdul Hadi boleh mendabik dada dengan menjangkakan PAS boleh memenangi 50 daripadanya?

Apakah jumlah itu mempu mengatasi DAP atau parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kali ini?

Isunya ialah, apakah kemenangan PAS yang mendapat 21 kerusi (kini tinggal 14 saja selepas enam menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang ke PKR) daripada 73 kerusi yang dipertandingkan olehnya pada PRU ke-13 lalu hasil usaha dan sokongan ahlinya semata-mata?

Bagaimana pula dengan PKR yang menang 27 kerusi (kini 28 selepas seorang melompat dari PAS) berbanding 99 kerusi yang ditandinginya. Apakah prestasinya kurang baik kerana tidak mendapat kerjasama PAS?

PAS mendabik dada mereka ada di 165 kawasan, dan 7,000 cawangan, sementara pembangkang lain pula tidak ada kawasan serta tidak ada cawangan.

PAS mendakwa mempunyai ahli hampir sejuta orang dan parti lain tidak sehebatnya. Namun bukankah keputusan PRU ke-13 boleh dijadikan ukuran yang lebih benar?

Kenapa DAP yang bertanding di 51 kerusi menang 37 kerusi?

Tidakkah PAS menang di kebanyakan parlimen di Pantai Barat kerana bantuan bukan Melayu?

Mengapa berleter panjang

Apa akan terjadi kali ini dengan bantahan banyak pihak kepada keputusan PAS membentangkan usul pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat?

Juga, apakah PAS sedar wujud bantahan rakyat hasil kempen AMANAH terhadapnya, selain penolakan rakyat kepada PAS - atas beberapa sebab lain - akan menjejaskan undinya pada PRU ke-14?

Apakah Abdul Hadi kini hanya bermimpi di siang hari dan sedang menyukarkan jentera PAS di beberapa negeri tertentu kerana bertanding sendirian?

Selain itu, atas kekuatan apa Abdul Hadi berani mengingatkan ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah "hotel persinggahan" untuk dijadikan batu loncatan?

Bukankah dalam setiap bentuk kerjasama, khususnya bertanding dalam pilihan raya, setiap parti akan berunding untuk menentukan kerusi serta calon yang diletakkan dalam pilihan raya?

Apakah DAP, AMANAH, PKR atau parti paling baru - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba menipu PAS dalam setiap rundingan?

Kenapa kali ini, sebelum rundingan muktamad Abdul Hadi sudah ‘berleter panjang’? Kenapa kemarahannya menjadi-jadi, sedangkan banyak perkara masih boleh dibincangkan.

Apakah ini bermakna bahawa kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, sudah tidak boleh dipakai lagi dan Abdul Hadi menggunakan kuasa vetonya untuk menghentikan perbincangan dan perundingan itu?

Melalui kenyataannya kelmarin, Hashim mengatakan PAS belum menutup pintu kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti Islam itu.

Malah katanya, jika DAP atau AMANAH, atau mana-mana pihak lain bersedia untuk mematuhi syarat-syarat PAS, mereka masih boleh bekerjasama.

Namun kenyataan Abdul Hadi dengan sendirinya membatalkan kenyataan Hashim.

Lebih jauh Abdul Hadi mengatakan pembangkang lain bersifat oportunis atau gemar mengambil kesempatan dan menjadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan atau tangga untuk dipanjat.

Walaupun Abdul Hadi ada menyebut perbuatan itu turut dilakukan oleh ahli partinya, kenyataan berkenaan jelas perbuatan yang merendahkan keupayaan parti pembangkang lain.

Seolah-olah Abdul Hadi bercakap dengan membawa suara orang lain dalam isu ini.

Rasa sangat kuat

Apakah Abdul Hadi tertelan umpan oleh parti tertentu yang sengaja mahu melihat pertelingkahan wujud sesama pembangkang kerana dia dianggap mudah memakan umpan?

Abdul Hadi yang selama ini menegur parti lain kononnya campur tangan dalam urusan PAS turut menyentuh ‘tubuh badan’ parti pembangkang lain dengan kasar dan tidak beretika.

Ia boleh dilihat misalnya melalui gesaan anggota parlimen Marang itu supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat parti politik di negara ini untuk memastikan mereka mematuhi perlembagaan.

Walau kepada siapa ditujukan kenyataan itu, kenapa sekarang baru Abdul Hadi menimbulkan isu ini?

Kata-kata dan tindakan Hadi tidak sekadar kepada DAP tetapi dia juga menyerang Parti Amanah Negara (AMANAH) dan BERSATU.

Kritikan Hadi terhadap BERSATU ialah parti itu tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

Justeru, siapa Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Abdul Hadi? Lebih rendahkah kedudukan mereka daripada beliau?

Kenyataan itu turut melupuskan gambaran dinyatakan Timbalan Presiden PAS Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Kenyataan Abdul Hadi mengenai BERSATU langsung tidak mengiktiraf wujudnya kepimpinan negeri dan bahagian serta cawangan parti yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan di negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Melaka serta Pulau Pinang.

Amat nyata Abdul Hadi menganggap PAS berada pada kedudukan ‘super kuat’ berbanding pembangkang lain untuk menghadapi PRU ke-14.

Dan keyakinan itu mungkin kerana kedudukannya yang lebih selesa kerana dibantu banyak perkara oleh Umno dan BN.

Malah, tidak sukar untuk dibaca bahawa dengan penolakan PAS bekerjasama dengan HARAPAN, parti itu sebenarnya sedang mempertahan dan menegakkan BN untuk terus memerintah.

Mungkin bagi PAS, rang undang-undang bagi meminda Akta 355 itu adalah satu-satu keutamaan di Malaysia ketika ini berbanding hal-hal lain seperti mengatasi kemiskian, keperitan rakyat, rasuah, penyelewengan atau juga kleptokrasi.

Dan yang nyata bagi Abdul Hadi dan PAS, satu-satunya pihak yang boleh membantunya kini ialah Najib Razak.

HAMBALI ABDUL LATIFF bekas wartawan, pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis

Tuesday, May 2, 2017

Celakanya bermula di sini......

Musnah kerana keegoan?

PAS jarang kekal dalam kerjasama besar.
Posted on Tuesday, May 02 @ 09:08:19 MYT by paktam
Oleh Fathi Aris Omar

PAS jarang kekal dalam kerjasama besar. Pengalamannya memerintah lama di Kelantan secara solo meyakinkan PAS bahawa rakan gabungan tidaklah terlalu terdesak dan tidaklah terlalu mustahak.

Memerintah satu parti memang seronok, sebab tidak perlu belajar mencari titik persefahaman di tengah pelbagai konflik idea, ideologi dan dinamika parti-parti gabungan.

Jika PAS tidak pernah menguasai Kelantan secara solo, saya percaya lebih mudah ia belajar meraikan orang lain.

Selain itu, ia suka mendominasi. Kalau orang lain dengar cakap PAS macam di Kedah dan Terengganu, PAS suka. Kalau masing-masing keras kepala, jadi macam nasib PAS dalam BN atau Semangat 46 bersama PAS.

Celakanya bermula di sini. Terlalu lama entrenched di Kelantan, terlalu lama bergerak solo!

Kita tunggu PAS hilang kuasa, tiada lagi Kelantan, barulah generasi baru mereka terhegeh-hegeh belajar meraikan rakan gabungan dalam kerjasama.

NOTA: Tetapi jangan lupa, rekod kerjasama PAS paling lama dengan PKR, 1999 hingga 2017 (?).

Wednesday, March 1, 2017

Nak rampas Malaysia: Waau......tinggi sungguh angan dia nih!

Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar
mk  -   Hari ini, 12:56 tengahari
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata berdasarkan kajian, peluang PAS untuk kekal di Kelantan bukan sahaja cerah, tetapi tidak mustahil jika parti itu menawan Putrajaya.

Sambil mengakui parti itu sedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14, katanya PAS juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan pertembungan lebih dua penjuru.

"Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas.


"Malah melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia.

“Yang penting, kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa Allah SWT," katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian ketika menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di Kampung Pangkal Jenereh, di Machang, malam, kelmarin.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kajian tersebut ataupun bila dan di mana ia dijalankan.

Pada ceramahnya itu, Mohd Amar, juga berkata PAS tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

Menurutnya, dakwaan parti tertentu mengenai kerajaan perpaduan tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas bagi menjatuhkan PAS semata-mata.

"Tuduhan tersebut bertujuan memburukkan-burukkan PAS dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan.

"PAS tetap terus menjadi alternatif dan pesaing utama kepada Umno BN pada PRU akan datang. Kita akan lawan," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.

Angan-angan AMANAH

Sinar Harian juga dalam laporan lain memetik Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata azam Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk menawan Kelantan menjelang PRU akan datang hanyalah angan-angan politik.

Katanya, bukan mudah bagi AMANAH yang disifatkan hanya 'setahun jagung' bertapak dalam arena politik untuk merampas Kelantan daripada PAS.

"Saya sifatkan ia hanya angan-angan politik AMANAH. AMANAH perlu tahu, untuk memenangi
PRU, sesebuah parti itu perlu ada kekuatan asas terlebih dahulu.

"Kekuatan asas yang perlu ada termasuk cawangan, ahli dan pengundi, bukannya sekadar ada parti kemudian buat gempak pada satu atau dua program dan seterusnya buat kenyataan akan menang di Kelantan," katanya.

Menurut Nasrudin, bukan mudah bagi parti lain untuk menakluk dan menduduki Kelantan.

"Kami yang daripada parti-parti lama termasuk Umno pun tahu nak menang sesebuah negeri bukan mudah.

“Secara asasnya dari awal lagi PAS akan pertahankan Kelantan dari mana-mana pihak," katanya lagi.

Thursday, November 17, 2016

Ooo......kerana sebab ini PAS merasa konon dirinya kuat!

Jangan teruja Tun M berharap pada Pas tumbangkan Umno
17 November 2016 | DALIA ISMAIL
Datuk Kamarudin Md Nor

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor menolak persepsi kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad 'mengakui dalam diam' Pas jauh lebih kuat daripada PKR,DAP dan Amanah dalam usaha menjatuhkan Umno.

 Beliau menjelaskan PPBM lebih tertumpu kepada kerjasama antara parti yang majoriti ahlinya Melayu berbanding DAP.

Sudah tentu ujarnya lagi, tumpuan lebih kepada Pas,PKR dan Amanah tidak hanya Pas semata-mata untuk mencapai matlamat menjatuhkan Najib dan Umno-BN.

"Dr Azman janganlah terlalu teruja untuk mengatakan Dr Mahathir sangat berharap pada Pas.

"Hasrat kita agar semua parti Melayu ini bersatu dalam pakatan pembangkang untuk kalahkan Umno khususnya.

"Dikalangan parti pembangkang seperti DAP boleh bertanding bersendirian di kawasan majoriti Cina atau campuran, manakala parti Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu antara sebab perlunya ide 'satu lawan satu' itu amat penting bukan tiga atau empat penjuru, jika kita sama-sama mahu menang dan mengalahkan Umno-BN.

"Adakah pimpinan Pas nak ulangi lagi kesilapan pernah dilakukan ketika PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?" katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas calon Pas Jabi,Terengganu Dr Azman Ibrahim  yang juga aktivis Pas pada Isnin dalam catatan di facebooknya yang memetik ucapan Dr Mahathir pada Konvensyen Pakatan Harapan ada menyebut:"Tak bersama Pakatan Harapan bermakna Pas sedia makan dedak Najib!" yang dianggap beliau sebagai 'reverse saikologi' Dr Mahathir untuk mengakui parti lain dalam Pakatan harapan tidak sekuat Pas.

Dengan kata lain, tanpa Pas dalam Pakatan Harapan, impian Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib hanya akan tinggal mimpi.

PPBM kerap adakan pertemuan

Walaupun Kamarudin mengakui pimpinannya kerap bertemu dengan pemimpin Pas namun tidak bermakna Pas jauh lebih kuat daripada PKR, DAP dan Amanah.

"Bertemu pemimpin Pas secara santai memang banyak bahkan bertemu dengan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan juga selalu.

"Sebagai sebuah parti baharu dan mempunyai matlamat sama dengan pakatan pembangkang lainnya, ia (pertemuan) sekadar menjalin hubungan tetapi belum lagi bincang mengenai pembahagian kerusi," katanya.

Kamarudin turut menjelaskan ketika ditanya sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden membuat penangguhan menandatangani perjanjian bersama Pakatan Harapan sebelum berlansung Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.

"Kita amalkan prinsip musyawarah.

"Berkaitan penangguhan itu kerana Presiden belum memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi butiran bersama yang terkandung dalam perjanjian itu.

"Apa yang menjadi halangan, sebenarnya kita cuba membuka jalan rundingan yang lebih serius untuk Pas dan Pakatan Harapan sebelum sesuatu perjanjian itu dimeterai," ujarnya.

Tanpa mahu mengulas lanjut hal itu, Kamarudin menegaskan PPBM masih meneruskan rundingan dengan Pakatan Harapan dan Pas dalam usaha parti itu untuk menarik Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan PPBM bagi memastikan Umno-BN dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.ke-14 nanti.

Monday, October 3, 2016

Kalau kita nak nampak kuat, kita mesti berkawan dengan orang yang lemah atau pondan!

Walau pun parti tok letak calon bertanding di Kerusi Pkr seperti di Sg Acheh, walau pun parti tok tuduh calon Pkr edar pil kuda di Terengganu, wlaupun parti tok sokong TSKI sebagai MB Selangor yang dipecat dari Pkr, walau pun guru tok kata Azizah tak layak jadi MB Selangor, walau pun parti tok pernah cuba berunding dalam kelambu dengan amno di Selangor selepas Pru tahun 2008, walau pun parti tok desak Us. Ahmad Awang di Perak agar parti tok bergabung dengan amno pada tahun 2009, walau pun guru tok halau Anwar sewaktu Anwar bertemu guru tok di Terengganu bagi berunding isu MB Selangor selepas Kajang Move, walau pun dalam muktamar parti tok siap ada doa laknat kpd Pkr kerana buat Kajang Move, dan banyak lagi sebagai bukti guru tok jujur dalam bertahalluf...

Atas kesemua faktor di atas, maka parti tok perlu kepada kawan-kawan yang jujur seperti parti tok. Maka, tok harap kawan seperti Ikatan yang mempunyai ahli 100 orang ini, memudahkan parti tok berunding kerusi dengan Ikatan.  Kompom Ikatan akan patuh kpd guru tok.

Kalau kita nak nampak kuat, kita mesti berkawan dengan orang yang lemah atau pondan.

TOK USIN UG CEROI

Thursday, September 22, 2016

Komen terhadap 'Politik adalah Ibadah'

Assalamualaikum

Politik Adalah Ibadah
● Haji Sobirin Haji Duli baca di sini

Komen.......

Politik memang ibadah....ibadah di lakukan mengikut syarat dan syarak....jadi  dalam ibadah tidak ada matlamat menghalalkan cara....begitu juga dalam politik islam yang indah..

Merujuk kepada parti agama iaitu Pas......Pas tidak boleh mengistiharkan bahawa hanya Pas yang islam atau wadah islam.....islam bukan milik Pas..

Setiap kita ini adalah pembawa risalah islam.....jadi jika wujud wadah lain yang membawa islam ianya tidak salah.....malah itu menunjukkan bahawa islam adalah milik semua..

Merujuk kepada pemecatan dan penubuhan parti baru dan mengenai matlamat tidak menghalalkan cara..

Pas di sebut sebagai parti yang matang dan sejahtera.....tetapi kenapa  Pas memutuskan keluar dari Pakatan malah menyalahkan rakan yang lain.....tanpa alasan yang kukuh

Malah sehingga kini masih menyerang rakan lamanya..

Jika begitu Pas tidak menimbulkan suasana yang sejahtera.....hanya alasan pembentangan Ruu355 yang belum di perhalusi di semua peringkat..sekali lagi Pas menghalalkan cara demi matlamat..

Pas juga tidak matang.....keluar dari Pakatan tapi masih bersama Pakatan di Selangor....adakah Pas matang....?

 Mengusulkan Ruu355 kemudian meminta penangguhan.....adakah matang.....? jika matang sepatutnya draf ruu355 sudah lengkap dan terus di bentangkan tanpa penangguhan..ini polemik dari Pas..

Pas inginkan hudud dari alquran tetapi Pas tidak mengikut cara alquran dalam ingin melaksanakan Hudud

Melabel....mencerca.....menfitnah mereka yang belum lagi jelas tentang hudud..

Pas tidak layak lagi membawakan dasarnya iaitu islam....lagipun islam itu mudah bukan tersimpul mati seperti yang dibawa oleh Pas..

Bila cerita Pas masih jadi  pembangkang dan tidak bersama UG.....sekarang kita lihat Pas banyak menyerang parti pembangkang daripada menyerang BN.....malah Pas mempertahakan PM dari UMNO..

Pas juga hipokrit dalam isu UG..sehingga kini janji saman ke atas SR dalam masa sebulan terus dijadikan 'tapa' ( peraman ) oleh Pas..

Kini sudah lebh sebulan....jika rm90juta itu tuduhan palsu dari SR.... tapi  mengapa Pas membisu..diam itu tanda setuju kata orang tua2..!

Lihatlah dan nilai apa yang di sebut ini..ini hanya sebahagian kecil sahaja.. *adakah Pas matang dan sejahtera serta mengamalkan politik sebagai ibadah ataupun Pas hanya menggunakan islam sebagai matlamat menghalalkan cara*

Bagi menjawb isu mencari redha Allah bukan boleh di jawab dalam konteks yang sempit....iannya meluas..

.Mencari redha Allah tidak akan pernah cukup sehingga tinggal nyawa di tenggorokkan....tika itu pintu taubat Allah telah tutup..

Redha Allah itu bukan setakat menyokong hudud semata....kerana  perkara asas adalah Rukun Islam dan Rukun Iman.....

Hudud hanya sebahagian.....malah Hudud juga hanya sebahagian kecil dalam undang2 islam...

Lagipun Hudud yang dibawa dan di terjemahkan oleh Pas itu tidak mengikut cara islam..

Hudud ayat dan perintah terakhir yang Allah turunkan setelah pemerintahan Nabi lengkap dan sejahtera..tiada cacat cela dalam kebajikkan..

Melawan rasuah....memberi orang susah makan juga termasuk dalam undang2 islam dan berada sama nilai serta sama tinggi dengan hudud..

Jadi jelas....mencari redha Allah itu bukanlah dengan menyokong parti agama iaitu Pas.

Dalam negara kita masih banyak lagi perkara yang perlu kita baiki dan sediakan sebelum melaksanakan Hudud...

Jika ingin redha Allah dengan melaksanakn Hudud....ikutlah cara alquran bukan cara parti politik Pas yang di cipta manusia dan tidak sempurna..

Akhir kata....Islam itu Rahmat untuk semua,jadilah insan yang bertaqwa (ulama)....kita semua ulama.....ulama bermaksud alim dan takut kepada Allah..takut kepada Allah itu adalah taqwa..Allahuakbar!

Layar Impian