'Tsunami Melayu' dalam PRU14
ONG BOON TECK - 7 JANUARI 2017
DALAM PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon pembangkang.
Istilah 'Tsunami Cina' lalu digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa pemerintahan di beberapa negeri.
Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula meramalkan 'Tsunami Melayu' bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina dalam dua PRU lalu.
"Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu. Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin," kata Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.
Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.
Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.
Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.
Calon Gerakan tanding Dun Ketari
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Dun Ketari akan ditandingi calon Gerakan sebagai wakil calon untuk BN pada PRU14.
Dun Ketari di bawah kawasan Parlimen Bentong. Pada PRU13, Dun Ketari ditandingi oleh calon MCA.
Menurut Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Ketari pada asalnya adalah kawasan milik Gerakan, namun demi mengutamakan peluang kemenangan, MCA telah melakukan pertukaran dengan Gerakan atas semangat permuafakatan BN.
"MCA Bentong mengalu-alukan kedatangan calon Gerakan untuk bertanding di Dun Ketari. MCA Bentong bagaimanapun akan terus memberikan perkhidmatan kepada pengundi di situ.
"Walaupun tidak akan bertanding di situ, MCA Ketari terus bekerjasama dengan Gerakan demi memastikan BN mampu memenangi Dun berkenaan pada PRU14," kata Tiong Lai kepada China Press.
Difahamkan, Pengerusi Biro Aduan Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong kemungkinan memikul tanggungjawab bagi mewakili partinya bertanding sebagai calon Ketari untuk PRU14.
Parlimen Bentong mempunyai empat kawasan Dun iaitu Ketari, Sabai, Bilut dan Pelangai.
Kerajaan China hadkan bayaran perpindahan
Akibat fenomena pembelian pemain bola sepak import secara meluas sejak kebelakangan ini, kerajaan China akhirnya membuat keputusan mengehadkan kelab-kelab tempatan memberikan bayaran perpindahan yang terlampau tinggi kepada seseorang pemain.
Langkah ini bertujuan mengelak pemain bola sepak dari negara asing memperoleh pendapatan terlalu lumayan sehingga boleh menjejaskan masa depan bola sepak China sendiri.
Memetik laporan Oriental Daily, Jabatan Sukan Negara China melalui satu kenyataan berkata, kini sudah terdapat beberapa kelab bola sepak di negara mereka sudah mengamalkan bayaran pembelian pemain yang luar biasa mahal, yang mungkin boleh merosakkan masa depan bola sepak dari segi masa jangka pendek dan panjang.
Terbaru, bekas pemain Manchester City, Carlos Tevez disahkan menjadi pemain kelab Shanghai Shenhua dengan memperoleh gaji £650,000 (RM3.3 juta) seminggu di bawah kontrak selama dua tahun.
Dengan penghijrahan ini, Tevez dikhabarkan menjadi pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.
Di Shanghai Shenhua, Tevez akan bersama dengan nama-nama seperti bekas penyerang Chelsea, Demba Ba dan bekas pemain Inter Milan, Obafemi Martins dalam pasukan yang dilatih oleh bekas pengurus Sunderland, Gus Poyet.
Menurut akhbar ini lagi, pembelian yang cukup lumayan oleh kelab-kelab bola sepak China ini turut mencetuskan kebimbangan pengurusan kelab-kelab bola sepak di Eropah.
"Malah, dunia bola sepak China sendiri juga melahirkan perasaan tidak puas hati gejala ini kerana ia akan membawa persaingan kurang sihat dan tidak mampu melahirkan pemain muda pada masa akan datang," kata akhbar ini.

No comments:
Post a Comment