SPRM ambil keterangan, serbu pejabat Idris bukan pejabat Datuk Bandar dipersoal
11 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Beberapa persoalan kini timbul berhubung dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam siasatan kes pegawainya yang ditahan disyaki terbabit dengan rasuah di negeri itu.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pegawai yang ditahan adalah pegawai khas kepada Datuk Bandar sebaliknya beliau mempersoalkan mengapa Idris pula yang diambil keterangan oleh SPRM.
"Mengapa salah laku dan rasuah pegawai khas Datuk Bandar, sebaliknya Ketua Menteri pula yang menjadi saksi?
"Apakah ada hubungan istimewa antara Ketua Menteri dengan Pegawai Khas Datuk Bandar. Sepatutnya Pejabat Datuk Bandar yang diserbu bukannya Pejabat Ketua Menteri ?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PKR itu juga berkata, tindakan SPRM mengambil kenyataan beliau jelas membuktikan bahawa peranan Ketua Menteri amat penting untuk membantu siasatan dan jika tidak direkodkan akan menyebabkan siasatan menjadi tidak lengkap.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dalam kenyataannya dipetik berkata, pegawai yang ditahan pada 28 November lalu adalah pegawai ketua menteri, bagaimanapun dakwa Shamsul Iskandar, kenyataan Idris pula mengatakan pegawai yang pernah ditahan itu tidak berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri.
Justeru Shamsul Iskandar mempersoalkan kebenaran kedua kenyataan media itu dibuat oleh Azam dan Idris.
"Kedua-dua kenyataan ini jelas bercanggah. Jadi kenyataan mana satu yang betul?
"Apakah pegawai-pegawai Ketua Menteri yang lain juga terlibat dan apakah ini membabitkan pelbagai projek yang juga diketahui oleh Ketua Menteri?
"Apakah penahanan pegawai berkenaan ada kaitan dengan projek pembinaan Bangunan Majlis Bandaraya Bersejarah yang baharu yang dikatakan berjumlah RM 160 juta?," soalnya lagi.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka ini juga berkata, semua persoalan itu seharusnya dijawab kerana pegawai yang ditahan oleh SPRM sehinggakan SPRM mengambil kenyataan Idris, bukan merupakan pegawai biasa.
"Rakyat Melaka menuntut jawapan selanjutnya daripada Ketua Menteri berkaitan dengan salah laku dan amalan rasuah di negeri ini," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Idris kerana kerana memberikan penjelasan berhubung dengan tindakan pegawai SPRM hadir ke Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri seperti dilapor media semalam.
"SPRM memang bertemu dengan beliau selama lebih empat jam walaupun difahamkan pada asalnya pertemuan itu sepatutnya hanya berlangsung selama 1 jam.
"Tindakan SPRM mengambil kenyataan Ketua Menteri jelas membuktikan bahawa peranannya amat penting untuk membantu siasatan dan jika tidak direkodkan akan menyebabkan siasatan menjadi tidak lengkap," ujarnya.
Sebelum ini Pemuda Pakatan Harapan dan Bersatu Melaka pada 5 Disember lalu, telah menghantar memorendum berkaitan pegawai berkenaan yang dipercayai sangat intim dengan Ketua Menteri berdasarkan gambar yang diviralkan di media sosial dan sebagainya.
Pada Isnin SPRM, mengesahkan telah mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi membantu siasatan kes.
Timbalan Pesuruhjaya Operasi Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan menjelaskan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
11 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Shamsul Iskandar Mohd Akin

No comments:
Post a Comment