Tuesday, January 10, 2017

Sang Kelembai ajar sejarah pada Najib

Isnin, 9 Januari 2017
Orang Melayu tidak pernah belajar sejarah. Dari British, Jepun dan hari ini China

Orang Melayu yang mendahulukan kedudukan dan pangkat, memang melupakan bangsanya. Hingga terlupa sejarah.. Bukankah Malaya di jajah dengan bermula kemasukan syarikat pelaburan Briish yang bernama Syarikat Hindia Timur Inggeris (Bahasa Inggeris: British East India Company) Bukankah syarikat itu membuat perhubungan dengan Sultan dan Raja-raja Melayu atas nama perdagangan.. Akhirnya Malaya tergadai dan terjajah dengan Britisih sejak kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang 1786.

Malah serangan Jepun ke Tanah Melayu tahun 1941 pun bermula dengan membuat perniagaan bekalan pinggan mangkuk dan kain baju yang murah di kampong-kampong 20 tahun sebelumnya, sehingga permulaan Jepun menguasai Tanah Melalu.. orang Melayu bersorak sorai menerima kedatangannya.. dengan harapan Jepun menghalau Bristish, sebaliknya dia lebih teruk dari British.. Berapa tahun oang Melayu makan ubi kayu?.

Apa beza modus operandi syarikat dari China yang bernama China Communication Construction Company Ltd (CCCC) yang banyak diberikan projek tanpa tender terbuka di Malaysia, yang diberikan carpet merah oleh Najib Razak.

Bagaimana hendak menafikan kepada rakyat yang kedatangan syarikat itu secara saperti satu grand design menguasai Malaysia satu masa nanti. Syarikat ini bukan sahaja akan dilihat sebagai ancaman kepada orang Melayu.. tetapi juga kepada orang-orang Cina Malaysia.. Mereka ia itu orang Cina Malaysia pun tidak dapat apa-apa dari lebihan projek itu.. Saya ketemui beberapa pedagang Cina Malaysia dalam industri binaan , mereka pun mengeluh.. Banyak juga syarikat pembinaan Cina mencuba masuk tetapi gagal untuk dapat remah-remah projek itu. Kerana semua tender kepada syarikat China tidak ada perjanjian atau peruntukan yang mana patut dibeli dan diberi kepada orang Malaysia.

Maka jawab seorang kawan saya seorang peniaga Cina.. "kamu ingat itu Najib Razak bagi projek sama syarikat China, kami orang Cina ada peluang ker? Buat dia punya jamban.. dia sendiri buat"

Entahlah.. saya no komen.. Jari kamu sahaja yang boleh memutuskam hendak meneruskan atau tidak dasar bagi tender ke China tanpa tender. Sekian.. Selamat Malam.

Bandar Sri Permaisuri,
Januari 9,2017.
Jam 11.45.

Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin

2 comments:

  1. ada malayu tak mau ngaku kesilapan orang malayu dulu dulu
    kurang cerdik sebab tu senang ditipu britis
    semanagt melawan tak da
    harap cerita saja lebih pahlawan panglema pendekar pandai meresap kebal entah apa lagi
    tapi bnayak kali kena jajah
    macam mana nak belajar dari sejarah
    buku sejarah pun ditulis oleh ajen penjajah untuk menipu fakta sebenar
    sejarah adalah satu pengajaran yang baik untuk jenerasi baru
    kalau cina jadi besar sapa yang untung
    ni pun satu penyakit pura pura
    awas jangan terlepas

    ReplyDelete
  2. Ada lagi ke kedaulatan bila tanah-tanah dijual kepada orang asing terutama cina ?

    Kedaulatan bukan sekadar sempadan atau mempunyai sistem beraja. Apakah yang akan di pertahankan sehingga ke titisan darah terakhir oleh Tentera kita apabila hampir separuh tanah di miliki oleh kuasa asing.


    Akhirnya kita melihat bagaimana kuasa asing menghantar armada ke perairan kita dari pencerobohan musuh demi alasan harta yang mereka miliki di sini. Dimanakah darjat dan kehebatan Panglima kita ketika itu ?

    ReplyDelete