Sunday, January 8, 2017

'Pelawak' ni dibalun Anwar pula......

Irwan berdusta ekonomi negara kukuh, kata Anwar
08 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Anwar Ibrahim

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah bahawa ekonomi negara adalah kukuh sebagai satu pendustaan.

Beliau berkata rakyat negara ini menerima kesan akibat kejatuhan ringgit dan kenaikan harga makanan dan komoditi ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Irwan mengejutkan rakyat dengan mendakwa ekonomi baik dan semuanya itu hanya ‘persepsi’.

“Ini dusta dan memperkecil cabaran sebenar dihadapi jutaan rakyat Malaysia susulan kejatuhan ringgit dan peningkatan harga makanan dan barangan sejak pelaksanaan GST,” katanya dalam satu kenyataan.

Irwan dalam sidang media Putrajaya baru-baru ini berkata ekonomi negara kukuh bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau sebaliknya berkata kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.

Katanya, isu seperti 1MDB dan pentadbiran Najib, yang menyebabkan kemerosotan mata wang negara semata-mata tanggapan.

Anwar berkata tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan kehidupan dan harapan rakyat.

“Malaysia tidak boleh mengharapkan untuk menyelesaikan isu itu bila pemimpin dan birokrat tertinggi tidak menangani isu ekonomi tertunggak,” katanya.

1 comment:

  1. Dan berkata Firaun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta".

    setiap peimpin jahat ada pemuka pemukanya ynag tolong menipu rakyatnya begitu juga pemimpin yang baik ada pembesarnya yang tolong membantu rakyatnya

    ReplyDelete