Saturday, January 7, 2017

Nasib kaulah Anina.......kita tengiok siapa pula yang memenuhi jangkaan?

Sebenarnya apa yang Mahathir kata tu betul
Takkanlah Bersatu belum baligh dan lingkup?

Muhyiddin: Anina tak penuhi jangkaan jadi ketua Srikandi
Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 9:43 malam
Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin tidak dipilih sebagai ketua Srikandi (wanita) parti itu kerana prestasinya yang tidak memenuhi jangkaan, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apa yang berlaku ialah Anina tidak memenuhi sasaran yang kita harapkan, jadi keputusan itu adalah bahawa dia tidak akan dilantik sebagai Ketua Srikandi," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Shah Alam.

Anina bulan lalu mendakwa dia dilucutkan jawatan sebagai Ketua Wanita BERSATU dan percaya ia mungkin disebabkan dakwaan skandal seks terhadapnya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata ia adalah perkara peribadi dan menegaskan bahawa Anina merupakan ahli pengasas penting yang masih dalam majlis tertinggi parti.

Beliau berharap Anina akan terus kekal dengan BERSATU.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Anina tidak sepatutnya kecewa dengan parti itu hanya kerana perkara kecil.

"Saya sendiri sudah biasa ditendang keluar daripada parti-parti politik, tetapi akhirnya saya menjadi Perdana Menteri.

"Jangan tinggalkan perjuangan parti hanya kerana kita kecewa," kata Mahathir.

1 comment:

  1. Apakah kerana Anina berani bersuara melawan Najib maka Muhyiddin menolak Anina adalah atas faktor prestasinya tidak menepati jangkaan. Padahal PPBM belum buat apa-apa dan kalau ada pun tidak lah sepenuhnya.

    Apa ukuran prestasi Muhyiddin ? Adakah salah satu nya juga makan dedak ?

    Jika ada kekurangan Anina, mengapa tidak Muhyiddin yang mendidik nya ? Semasa Wan Azizah di pilih sebagai Presiden, Wan Azizah juga tidak menepati prestasi yang di jangkakan malah lebih baik Anina yang bermula dengan melawan Najib.

    ReplyDelete