Saturday, January 14, 2017

Ketika dikritik hebat kerana menyekat kebebasan rakyat: Ini arahan Erdogan kepada para gabenornya

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya
14 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Erdogan mengarahkan gabenornya turut jejak langkah Umar, ketok pintu si miskin.

Presiden Turki, Reccip Toyyib Erdogan mengarahkan para gabenornya agar mencontohi Saidina Umar RA dalam membantu orang miskin dengan pergi mengetuk pintu mereka bukannya orang miskin datang mengetuk pintu para pemimpin.

Perkara ini disampaikan beliau ketika mesyuarat jarak jauh dengan 81 gabenor dari semua wilayah di Turki dengan menggunakan teknologi teleconference untuk memperoleh informasi ke ibukota Ankara.

Di antara hal penting yang disampaikan presiden Erdogan kepada para gabenor adalah: "sesungguhnya Saidina Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu membawa tepung dengan bahunya dan mengetuk pintu-pintu rakyat miskin.

"Oleh karena itu, saya mengajak kalian dan juga mengajak rakyat Turki agar mencontohi Saidina Umar. Tidak dapat diterima jika orang-orang miskin yang mengetuk pintu rumah pemimpin," katanya.

Para pemimpin atau yang berada di posisi pemimpin perlu mengetahui orang-orang miskin dan mendatangi mereka serta memberikan bantuan kepada mereka, terutama saat musim dingin seperti sekarang, katanya.

Kakitangan kerajaan pula, katanya, hendaklah tidak menunggu adanya keluhan dari orang miskin atau teraniaya baru kemudian bergerak, namun hendaklah bersegera hingga tidak perlu adanya keluhan dari awal.

Arahan Erdogan ini dibuat ketika negara itu dikritik hebat kerana menyekat kebebasan rakyatnya selepas pemberontakan yang mengorbankan ratusan mangsa baru-baru ini.

2 comments:

  1. tak lama lagi mungkin akan ada seruan macam ni di sini pulak
    tunggu sapa anak buat arahan
    janagn asyek tolong menolong buat rosuah

    ReplyDelete
  2. Elok juga benda ni di email di jabatan2 bersangkut paut berkenaan seperti diatas di malaysia ni. Pulak tu ranai dikalangan pegawai2nya berAgama Islam. Jgn tahu hukum tapi selalu bagi alasan atau jawaoan yg berbulan bulan dan bertahun .

    ReplyDelete