Pemimpin Gerakan mohon maaf isu sekolah agama
mk - Hari ini, 6:57 petang
Dominic Lau Hoe Chai menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataannya bahawa sekolah agama yang dibiayai kerajaan mengancam perpaduan negara.
Naib presiden Gerakan itu berkata, beliau tidak ada niat untuk menyerang sekolah agama.
“Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini.
“Kebimbangan utama sebenar saya, yang ingin saya sampaikan pada sidang media itu, meminta kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama,” kata Dominic dalam kenyataannya.
Dominic berkata, kebimbangannya itu berasaskan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu.
Zahid ketika itu dilaporkan berkata, pihak berkuasa dan Kementerian Dalam Negeri akan memantau semua institusi agama bagi memastikan tiada aktiviti pengganas IS diserap masuk.
Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Dominic sebagai menggesa kerajaan mengkaji semula dasar-dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan.
“Dari analisa kami, didapati bahawa walaupun tidak semua pelajar mempunyai pandangan ekstremis, namun kecenderungan pemikiran ini masih ada," kata Dominic sebelum ini.
Dominic tidak menyeru kepada pemansuhan sekolah agama namun berharap Malaysia kembali kepada visi sebagai sebuah negara sekular dan tidak mencampuradukkan politik dan agama.
Beliau dilaporkan mendakwa ia menjadi ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.
Ekoran kenyataan berkenan, banyak pihak, termasuk pemimpin-pemimpin politik dan NGO menyelar kenyataan itu.
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membuat laporan polis terhadap Dominic yang didakwa menghasut.

walaupung mohon maaf tapi kami dah lama terluka
ReplyDeletedengan sikap hangpa ynag kurang sensitif perasaang kami. luka lama terasa lagi
apaboleh buat orang kami dulu tak kuat semangat nak halau penjajah
tapi lani kuat semangat makang rosuah
semua pakat jadi susah
Si Zahid yang pernah kata ada memiliki 'bukti gred A' Mat Sabu itu syiah, sampai hari ini pun Si Zahid masih gagal menunjukkan bukti. Siapa suruh percaya cakap Si Zahid penipu tu?
ReplyDeletekalau nak diikutkan sekolah venekular (SJK) lah yang lebih menjurus kepada perpecahan berbanding sekolah agama.. sekolah SJK tidak berpelembagaan, tidak membantu untuk merapatkan hubungan antara kaum.. lagipun sekolah agama berteraskan AGAMA tidak kira bangsa.. tetapi sekolah SJK berteraskan kepada BANGSA!! aku hasil dari didikan sekolah agama dididik untuk hormat sesama.. bukan sekolah agama yang suruh, tapi Islam yang suruh!! aku betul-betul KECEWA walaupun dah minta maaf..
ReplyDeleteItu Sekolah Agama. Dah berapavtahun DOMINIC ni hidup kat Malaysia. Nape BODOH atau saja nak cari masalah.
ReplyDeleteBaik pegi check kat sekolah Cina yg ada pelajar melayu tak payah jauh di Kuala Lumpur. Contoh SJK c TSUN JIN. Sampai sekarang Guru besar yg baru tak benarkan peniaga muslim berniaga dgn alasan tidak perlu. Klu rasa org melayu ganggu belajar di sekolah cina. Jgn buka lagi untuk org melayu. Jangan rasis atau berpolitik sampai tahap di ke pendidikkan sekali. Bengong