Rasuah: SPRM rampas wang tunai RM550 ribu di rumah KSU
07 Januari 2017 | BERNAMA
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM550,000 di rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semalam.
Menurut sumber SPRM, wang tunai yang dirampas di rumah Datuk Mohd Arif Ab Rahman itu merupakan mata wang asing British Pound, Euro dan Dolar Singapura.
"Wang tersebut telah disembunyikan oleh salah seorang anak suspek di dalam rumahnya di USJ, Subang Jaya.
"Kita telah merakamkan percakapan anak suspek tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut.
Tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta telah dirampas dan disita setakat ini oleh SPRM, susulan penahanan Mohd Arif, 59, di kediamannya di USJ, Subang Jaya, dekat sini pada Rabu manakala dua anak lelakinya yang berusia 29 dan 34 tahun ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM pada Rabu.
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Mungkin ada lagi spesis sebegini di dalam UMNOngok. Hanya masa dan kaedaan sahaja yang akan menentukan nya. Ingat kan selamat di simpan di rumah, rupa rupa nya boleh di hidu juga. Kalau simpan di bank takut terjadi saperti RM2.6 billion.
ReplyDeleteKesian kerana sekeluarga yang bercadang untuk "ENJOY" selepas persaraan nya tidak kesampian.
Bagai mereka yang berada di dalam situasi ini, terutama pegawai atasan elok lah kes ini di jadikan pengejaran buat kamu. Walau pun di dunia kamu terlepas tetapi di mahkamah ALLAH tiada siapa yang dapat membantu.
atas sikit daripada ksu tak de ke kes yang
ReplyDeleteboleh ditangkap
saja tanya jnagn marah
barang siapa jadi pemimpin mati dalam kedaan menipu rakyatnya tidaklah akan bau syurga