Usus terkeluar akibat jatuh basikal
January 11, 2017
MO, 11/1/2017, JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki menempuh detik cemas apabila ususnya terkeluar selepas terjatuh dari basikal akibat terbabas di Jalan Banang, Taman Bukit Tiram.
Gambar kanak-kanak itu yang memegang ususnya sambil duduk di atas jalan raya turut menjadi viral dalam laman media sosial Facebook (FB).
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2 petang semalam ketika mangsa berusia 12 tahun itu sedang mengayuh basikal bersama 15 lagi rakannya yang lain di kawasan perumahan berkenaan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia berada di perkarangan rumahnya sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi memaklumkan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.
“Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuruni bukit dengan basikalnya bersama rakannya yang lain lalu melanggar bonggol jalan sebelum terjatuh dan tertusuk dengan pemegang basikal.
“Bagaimanapun, mangsa ketika itu dalam keadaan tenang dan tidak menangis sebelum sebuah ambulans dari HSI tiba kira-kira 30 minit kemudian bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu.
“Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke HSI untuk rawatan selanjutnya dan difahamkan kanak-kanak itu tinggal di Taman Bestari Indah yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian selain memaklumkan kanak-kanak berkenaan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Keadaan kanak-kanak itu stabil selain sudah menjalani pembedahan selama hampir dua jam petang (semalam) tanpa berdepan sebarang komplikasi,” katanya. - sumber

No comments:
Post a Comment