Thursday, March 15, 2018

Isu Jho Low dan 1MDB: Rais Yatim juga terjun ke gelanggang?

Mengapa sayang sangat pada Jho Low, soal Rais Yatim
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 15 Mar 2018 9:08AM
Rais Yatim semalam menerusi akaun Twitternya menyelar tindakan Nazri Aziz membela dan melindungi Jho Low yang disifatkannya pemutar alam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018

PENASIHAT kerajaan Dr Rais Yatim menyindir menteri Kabinet, Mohamed Nazri Aziz kerana sanggup menyerang dirinya disebabkan terlalu “sayang” pada ahli perniagaan Low Taek Jho.

Walhal, Malaysia sudahpun menjadi sasaran kritikan masyarakat dunia atas tindakan ahli perniagaan yang “pemutar alam” itu, kata Rais.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada penglibatan Low yang juga dikenali dengan nama Jho Low, dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sangat pada pemutar alam Jho Low?

“Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?” kata Rais ketika dalam tulisannya di Twitter pada malam tadi.

Veteran Umno itu turut mengingatkan kepada Nazri bahawa menteri itu juga tidak akan kekal di jawatan tersebut buat selama-lamanya.

“Itulah, bila ditegur, menteri hebat macam Nazri kata orang meroyan. 

“Berbillion ringgit wang negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jangan ketawa,” kata Rais.

RAISYATIM
@DrRaisYatim
Itulah..bila ditegur menteri hebat macm Nazri kata orang meroyan. Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sngat pd pemutar alam Jho Low?Berbillion Rgt wang Negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jgn ketawa. Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?

11:52 PM - Mar 14, 2018
167 - 132 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy

Beliau menjawab kenyataan Nazri semalam yang mendakwa beliau kini mengkritik kerajaan bersama bekas menteri Rafidah Aziz kerana masih menyimpan dendam. 

Nazri berkata seseorang akan berdendam sekiranya menjadi menteri selama lebih 10 tahun.

"Jadi jelas sekali mereka masih berdendam, jadi biarkan mereka cakap apa yang mereka nak cakap," kata ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Pada awal bulan ini, Rais turut membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak kerana turut beria-ia mempertahankan Jho Low.

Ia susulan kenyataan Salleh yang mendakwa Jho Low bukan pemilik kapal mewal Equanimity yang dirampas penyiasat Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Kes berhubung rampasan ke atas kapal itu turut menjadi kritikan Rafidah yang kecewa kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mengesan kapal mewah milik Jho Low itu sebelum ini.

Kata Rafidah, beliau sendiri pernah menemui lokasi tepat The Equanimity ketika sedang mengikuti aktiviti menyelam di Phuket tahun lepas.

Pada Julai 2013, Rais dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri. 

Selain itu, beliau juga merupakan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. – 15 Mac, 2018.

3 comments:

  1. Ingat LANUN KETURUNAN BUGIS ingat tong drum dan simen Jo lo. Anak cina makan pengat, sendiri mau ingat! FBI omputih picit lu punya telor, itu jam lanun BUGIS baru taaaauw..! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. amono dah sassau
    kapla ikang dah busok bau menusok dibawa angin
    gaduh la dekat pru ni
    dulu bakar jambantan mas 46
    matde pujok sikit melompat balek masuk amono
    itulah cerita dunya
    duit jugak jadi buruan sampai hidup
    jadi tak keruan

    ReplyDelete
  3. Kan aku dah kata. Sesiapa sj yg nak pertahankan najib terpaksa memperbodohkan diri dulu, suka atau tidak. Sbb itu oxfart, 1st class honors dok diam sj

    ReplyDelete