Thursday, March 15, 2018

Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

* Bagus Nazri, belajarlah jadi budak baik!
Sedar diri sikit ko tu sape kepada Baginda berdua?
Kucing dan Harimau ada sama kufukah?

Nazri merafak sembah, Sultan Johor ampunkan
mk  |  Dikemaskini 15 Mac 2018, 4:55 petang
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaafkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kemelut yang tercetus antara Nazri dan istana Johor lebih dua tahun lalu.

Ia selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima Nazri mengadap kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tadi.

"Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.

"Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah ampunkan," titah baginda kepada Royal Press Office seperti disiarkan di laman Facebooknya hari ini.
Pada Jun 2015, Nazri memberi peringatan kepada Tunku Ismail agar tidak mencampuri urusan politik jika tidak mahu diserang kembali.

Ia ekoran titah Tunku Ismail yang dilihat mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal hadir pada Nothing2hide, sebuah dialog bersama NGO berkenaan isu 1MDB.

Mereka kemudian terlibat dalam perang mulut dan menyebabkan Nazri disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan dipanggil memberi keterangan kepada polis.
Sultan Ibrahim menganggap isu tersebut sudah selesai dan memberi amaran keras agar ia tidak lagi dipanjangkan.

"Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini," titah baginda.

Sementara itu, laman Facebok Johor Southern Tigers menyatakan Nazri datang mengadap untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail.

Nazri juga meminta pandangan Sultan Johor dalam isu petadbiran negara, kata laman itu lagi.

Malaysiakini difahamkan Nazri kini dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

3 comments:

  1. Cis! Samseng apenye ko Nazri Botak? Kalau macam ni punya gaya macam mana nak jadi SOJA? Samseng taik kucing! Sekali aku sekeh kang! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

    Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

    dunya sat saja tak kemana pung
    Allah bagi peringtan ramai manusia maseh engkar

    ReplyDelete
  3. Eloklah tu berbaik. Ingat mulut kita jangan celupar sangat.

    ReplyDelete