Tuesday, November 7, 2017

Projek loji air: Shafie dedah dan mempertahankan diri di Parlimen

Projek loji air, anak buah Musa Aman yang punya, dakwa Shafie Apdal
Yasmin Ramlan, Melati A. Jalil · Diterbitkan pada 7 Nov 2017 2:46PM ·
Petugas media merakam gambar Presiden Warisan Shafie Apdal yang sedang berucap membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini. Shafie dalam ucapannya mendedahkan anak saudara Ketua Menteri Sabah mempunyai kaitan dengan projek yang disiasat SPRM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 November, 2017.

ANAK saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman ada kaitan dengan projek loji rawatan air di Sungai Intan, Semporna yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dedah Shafie Apdal.

Bercakap di Dewan Rakyat, ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau ditohmah kononnya syarikat proksinya mendapat projek loji rawatan air itu sedangkan sebenarnya kontrak bagi projek itu diberikan kepada syarikat perundingan "anak buah Musa".

"Tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal 20 peratus. Tender dibuka yang dapat projek anak buah Musa Aman. Ini syarikatnya.

"Konsultan projek ini adalah Shahelmey Yahya, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sabah sekarang dan dia juga konsultan yang uruskan Pan Borneo," kata Shafie ketika berucap membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Shafie juga menegaskan projek itu bukan projek gajah putih dan beliau ada bukti untuk menyokong kata-katanya itu.

SPRM sedang menyiasat sejumlah 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dikeluarkan antara 2009 hingga 2015, ketika Shafie jadi menterinya.

Siasatan itu bertumpu ke atas dakwaan penyelewengan sejumlah RM1.5 bilion dana Putrajaya yang sepatutnya disalurkan bagi pembangunan projek pembangunan rakyat di Sabah.

Antara projek yang disiasat termasuk loji rawatan air Sungai Intan yang bernilai RM45 juta yang dikatakan tidak dapat berfungsi kerana sungai cetek menyebabkan ia tidak mendapat sumber air mencukupi. 

Pendedahan bekas naib presiden Umno itu mencetuskan kekecohan di kalangan wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, projek LRA itu bertujuan untuk menaiktaraf, memandangkan ia dalam keadaan usang.

Jelasnya, fasa pertama merupakan adalah untuk membina loji rawatan air itu dan fasa kedua untuk meluas dan mendalamkan sungai.

Namun penyelesaian keseluruhan katanya merupakan menambah paip empangan ke sungai.

"Ia akan atasi masalah. Loji akan berfungsi," katanya.

Shafie semalam dipanggil sekali lagi oleh agensi rasuah itu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan lain di Sabah.

Ia bagi membantu siasatan agensi itu berkaitan dana infrastruktur pembanguna Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sejak 1995 turut mendakwa salah satu projek KKLW di kawasannya dilakukan dengan terbuka sehingga memberi faedah kepada proksi Musa sendiri.

"Projek seperti loji air di Sungai Intan. Ia dinaik taraf supaya saluran bekalan air kepada Semporna makin baik. Kita buat tender terbuka. Bila buat tender terbuka yang dapat anak buah Musa Aman. Bukan anak buah saya.

"Apa kamu ingat saya minta duit dari dia? Saya tidak minta duit dari kontraktor dia (Musa)," kata beliau disambut jeritan sokongan daripada penyokong yang memenuhi dewan di kawasan rumahnya itu.

Beliau sebelum ini pernah membayangkan akan mendedahkan sesuatu berkenaan Ketua Menteri Sabah Musa Aman tetapi tidak mahu mengulas lanjut kepada wartawan.

“Berapa banyak syarikat yang Musa (Aman) ada? Saya tidak akan kata apa-apa sekarang. Saya akan (cakap) di Parlimen. Itu tempat saya ada kelebihan dan penting untuk saya bercakap,” kata beliau kepada wartawan ketika ditanya mengenai siasatan ke atas beliau dan ahli keluarganya sejak bulan lalu oleh SPRM.

Pada 12 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad mengadakan lawatan di loji bekalan air Kampung Sungai Intan bagi meninjau keadaan infrastruktur rakyat itu.

Terdapat banyak aduan yang dibuat penduduk berikutan ia masih belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya. 

Loji berkenaan merupakan antara projek yang disiasat SPRM kerana dipercayai dana yang telah diperuntukkan untuk membinanya telah diseleweng oleh pihak tertentu melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015.

Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno pada Julai 2016, mengumumkan keluar daripada parti itu sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah pada Oktober tahun lalu. – 7 November, 2017.

Berkaitan: BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK?

No comments:

Post a Comment