Wednesday, November 22, 2017

Kejayaan BN makmurkan Sabah, penduduk Kampung Magatang ditolong DAP

BOSAN DENGAN JANJI BARISAN NASIONAL, MAGATANG ‘MOHON’ BANTUAN DAP
November 19, 20172182
Oleh KEE HELMEY KEE ZAINAL
SOOK: Selepas 15 tahun menanti janji bekalan air bersih, penduduk Kampung Magatang akhirnya sebulat suara memilih untuk memohon bantuan pembinaan sistem agihan air graviti daripada DAP.

Bosan dengan pelbagai janji-janji yang ditabur oleh pihak pemimpin Barisan Nasional, penduduk Magatang mengalu-alukan bantuan daripada DAP Pensiangan untuk membantu masalah bekalan air bersih kampung tersebut.

Melalui kerjasama dengan Impian Malaysia, DAP Pensiangan bertindak untuk melepaskan Kampung Magatang daripada belenggu masalah kekurangan bekalan air dengan melaksanakan Projek Sistem Agihan Air Graviti yang dilaksanakan secara gotong royong.

Projek yang bermula pada 13hb November dibantu lebih daripada 120 orang penduduk kampung yang hadir untuk bergotong royong dan projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari sahaja.
Kehadiran yang begitu ramai adalah di luar jangka dan menunjukkan satu kesepakatan dari penduduk kampung Magatang.

“Walaupun dengan bantuan yang sedikit ini, projek yang tidak pun menelan harga berjuta-juta, kami berasa amat bersyukur dengan bantuan dan komitmen yang diberikan oleh Impian Malaysia dan DAP Pensiangan,” ujar Edwin, pengerusi projek itu.

Selama ini penduduk Magatang hanya bergantung kepada sumber air graviti berpunca dari ulu sungai Magatang tetapi kesukaran dihadapi apabila bekalan air terputus setiap kali musim hujan dan musim kemarau.

“Melalui program Impian Malaysia ini, DAP dapat mengenal pasti kawasan-kawasan khususnya di Pedalaman yang tercicir daripada pembangunan keperluan asas,” tegas Adrian Lasimbang (gambar kanan), Penyelaras DAP Sook-Pensiangan.

“Ada banyak lagi kes dimana penduduk dikawasan tersebut telah beberapa kali menyuarakan masalah tersebut tetapi tiada tindakan atau susulan daripada aduan mereka ini. Malah bantuan berupa ‘one-stop’ seperti tangki biru dan zink sudah tidak releven lagi dimasa kini.

“Sepatutnya kerajaan memberi penyelesaian yang menyeluruh untuk masalah keperluan asas ini dan bukannya menggunakan masalah ini sebagai janji pilihanraya.”

Seramai lebih daripada 1,000 orang penduduk kampung akan menerima bekalan air daripada Pojek Sistem Agihan Air Graviti ini.

1 comment:

  1. Rakyat makin celik. Mari kita singkirkan kerajaan korup BN di seluruh malaysia!

    ReplyDelete