Memang Dr Mahathir PM paling lekeh tak berguna…
By Arianna -2017-11-17
Penganalisis politik Shahbudin Husin mengulas sindiran PM Najib bahawa bekas PM Dr Mahathir tidak sepertinya prihatin melawat Hospital Tung Shin. – Foto ihsan FMT
oleh Shahbudin Husin | 17 November, 2017
Kata Perdana Menteri yang berdarah pahlawan Bugis, Najib Razak, walaupun Tun Mahathir Mohamad berpeluang menerajui negara selama 22 tahun, tetapi tidak pernah sekali pun dia melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
“Saya amat gembira dapat melawat Hospital Tung Shin yang ditubuhkan 136 tahun lalu dan Chinese Maternity Hospital yang sudah berusia 104 tahun.
“Saya difahamkan saya adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat dua hospital ini. Ada seseorang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi tidak pernah melawat hospital ini,” kata Najib lagi.
Dalam erti kata lain, oleh kerana tidak pernah menjejakkan kaki melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina tersebut, Tun Mahathir adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sama-sekali.
Ya…memang Tun Mahathir paling lekeh dan tak guna walaupun berkuasa selama 22 tahun.
Bukan saja dua hospital tersebut tidak pernah dilawatinya, bahkan banyak lagi perkara lain tak mampu atau tak terbuat oleh beliau.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan akaun bank peribadinya ada wang sebanyak RM2,600 juta.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu mencari seorang Pak Arab yang pemurah dan sanggup menderma banyak wang kepadanya.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu meningkatkan hutang negara sehingga mencecah hampir RM700 bilion seperti yang ada sekarang.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menubuhkan sebuah syarikat pelaburan yang dapat menjana hutang sehingga lebih RM50 bilion.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membina MRT yang tujuannya hanya dapat dibanggai kerana dapat meningkatkan jualan sate Kajang.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menurunkan harga barang, waima harga sayur kangkung sekali pun untuk membuatkan rakyat berbangga dengan peranan kerajaan membantu meringankan beban hidup seharian.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu melahirkan walau seorang anak muda seperti Jho Low yang tiba-tiba menjadi bilionaire sekelip mata dan dapat berhibur sakan dengan artis-artis Hollywood.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan anak tirinya seorang penerbit separa porno Hollywood, sambil mampu membeli beberapa kondo mewah di London dan Amerika Syarikat.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membahagiakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan kerlipan emas berlian berupa rantai, cincin, gelang dan perhiasan barang kemas lainnya yang mencecah ratusan juta ringgit nilainya.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membenarkan isterinya bebas menggunakan jet eksekutif kerajaan ke mana-mana secara sendirian.
Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menaikkan harga minyak setiap minggu sehingga hari Rabu adalah hari yang sentiasa menjadi penantian bagi setiap rakyat Malaysia.
Ahhh….kalau mahu dihitung, memang banyak sekali ketidakmampuan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana yang membuktikan beliau adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sekali di Malaysia ini.
Dan untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, kemampuan Najib dapat melakukan lawatan ke Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina adalah suatu pencapaian yang jauh lebih tinggi berbanding melahirkan idea membina Menara Kembar KLCC.
Maka, memang lekeh dan tak guna sekali Tun Mahathir ini.

No comments:
Post a Comment