Tuesday, November 7, 2017

Laporan qazaf terhadap Husni: Dituturkan di Parlimen, akan berkesan dan ada tindakankah?

Seorang Timbalan Menteri, yang cerdik pula tu......nape biarkan saja anak buah diliwat dan berdiam diri?
Kenapa tidak ambil apa-apa tindakan.......lapor pun tidak?
Tak percaya pada sistem keadilan kitakah?

Pemimpin PH buat laporan qazaf terhadap Husni Hanadzlah
Yasmin Ramlan · Diterbitkan pada 7 Nov 2017 6:59PM 
Bekas Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati Anwar terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya. – Gambar Youtube, 7 November, 2017

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke atas bekas Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah berhubung kenyataannya yang berbaur qazaf terhadap Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ketua Biro Undang-Undang Amanah Hanipa Maidin berkata, laporan itu dibuat di bawah kesalahan Seksyen 41 Akta 559 iaitu kesalahan qazaf terhadap Husni yang juga ahli Parlimen Tambun.

"Qazaf ialah apabila seseorang individu menuduh individu lain melakukan zina atau liwat tanpa empat orang saksi.

"Apa yang dilakukan Tambun (Husni) untuk menyatakan pertuduhan tanpa bawa saksi dan sebut nama anak buahnya yang menjadi mangsa.

"Kita minta Jawi lakukan siasatan. (Jawi) boleh pergi Youtube untuk ikuti ucapan Tambun," katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata apa yang dilakukan Husni adalah menyatakan pertuduhan tanpa membawa saksi. 

"Apa yang dilakukan Ahli Parlimen Tambun (Ahmad Husni) untuk menyatakan pertuduhan tanpa membawa saksi dan menyebut bahawa anak buahnya menjadi mangsa.

"Islam hendak menghalang sesiapa membuat tuduhan rambang, liar. Itulah sebabnya sesiapa yang membuat (tuduhan) qazaf akan dikenakan 80 kali sebatan.

"(Namun) tidak tahulah ia akan dilakukan atau tidak, tetapi kita serahkan kepada Jawi," katanya.

Rabu lalu Ahmad Husni melalui ucapannya di dewan rakyat mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

Ahmad Husni turut berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati Anwar terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya (anak buah Ahmad Husni).

Kenyataan Ahmad Husni itu mengundang pelbagai reaksi dari pembangkang yang meminta beliau mengulangi tuduhan itu di luar Dewan Rakyat.

Bagaimana ketika ditanya mengenai imuniti seorang ahli parlimen yang berucap di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen berkata:

“Minta disiasat dulu, biar Jawi siasat dulu dan sudah tentu ahli parlimen ada imuniti, kalau dia tak boleh ambil tindakan sekurang-kurangnya bagi satu pedoman lah, sekurang-kurangnya kita minta pendapat Jawi berhubung perkara ini,” katanya.

MP Kapar (PKR) G. Manivanan mendakwa kelibat Ahmad Husni tidak lagi kelihatan sehingga ke hari ini selepas membuat tuduhan liwat berkenaan Anwar.

Malah beliau memberitahu berjumpa Ahmad Husni di ruang rehat Dewan Rakyat untuk mendapatkan penjelasan, yang kemudiannya dijawab oleh Ahmad Husni "sudah minta maaf".

Hanipa Maidin turut menuntut PAS membuat kenyataan berhubung tuduhan Ahmad Husni kerana qazaf itu tertakluk di bawah hudud (Akta 355).

“PAS kena buat kenyataan, ini adalah qazaf, dalam hudud. Boleh tak pas bertoleransi dengan orang yang menuduh orang. Kalau nak laksanakan hudud kami nak tanya adakah benda-benda macam ini termasuk dalam hudud,” soalnya.

Sidang media itu turut disertai Johari Abdul (PKR- Sungai Petani, Raja Kamarul Bahrin (Amanah- Kuala Terengganu), R Sivarasa (PKR- Subang) dan Fauzi Abdul Rahman (PKR- Indera Mahkota). – 7 November, 2017.

2 comments:

  1. Org ini jd makin pelik lps mendalami ilmu agama di jordan. Berkat ka belajar di sana?

    ReplyDelete
  2. pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

    hukum Allah tak kira tempat hukum manusia saja bertempat tempat
    ada mansuia suka langgar perintah Allah

    ReplyDelete