Saturday, November 18, 2017

Untuk apa berburuk sangka. Cuma adakah Zahid akan lakukan sekiranya Najib tidak berbuat demikian?

Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di hospital
TMI · Diterbitkan pada 18 Nov 2017 5:55PM
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Hamidah Khamis melawat Anwar Ibrahim di hospital hari ini. Turut kelihatan ialah anak Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham. – Gambar Twitter, 18 November, 2017.

TIMBALAN Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini, sehari selepas ketuanya Najib Razak mengunjungi pemimpin pembangkang dipenjarakan yang sedang berehat selepas pembedahan.

Foto lawatan Zahid bersama isteri, Hamidah Khamis di sisi Anwar yang berbaring di katil hospital dimuat naik akaun Twitter Zahid sekitar jam 4.30 petang tadi.

Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor melawat Anwar semalam, isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir.

Anak lelaki Anwar, Muhamad Ihsan kemudian mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada perdana menteri atas lawatan itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat kali kedua menjalani pembedahan di bahu kanan selepas cedera dalam kemalangan ketika berada dalam kenderaan Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan Najib itu dipandang sinis pengguna Twitter awal hari ini kerana dakwaan dan sabitan liwat itu didakwa penyokong pembangkang dan pengkritik sebagai berunsur politik. – 18 November, 2017.

* Segi mileage politiknya adakah UMNO untung dari apa yang ketua mereka lakukan?

BerkaitanSELEPAS NAJIB DAN ZAHID, ELOKLAH MT UMNO BUAT ROMBONGAN KHAS MELAWAT ANWAR DI HKL PULA...

* Dalam pada tu Mustapa Mohamed potong stim pulak: Sanggup lawat Anwar, Najib berjiwa besar, kata menteri

5 comments:

  1. di akhirat nanti Allah akan bongkarkan apa yang ada dalam hati manusia
    ikhlas atau ada niat lain
    takutlah hai sekelian manusia sebelum dimatikan oleh Allah pemerintah sekelian alam

    ReplyDelete
  2. Mat Nuar pejuang tulen. Tak mkn dedak. Dont worry be happy.

    ReplyDelete
  3. Najid berJanji lagi....! Janji ditepati kata dia... kah kah kah..

    ReplyDelete
  4. hipokrit!. usah terpedaye wayang mereke. kapal umno/bn dh nk karam, air dh melimpah masuk kelubang hidung. time nie la terpakse capai ape saje yg mampu dicapai ..

    ReplyDelete
  5. Orang yg paling sakit jiwa tengok gambar lawatan Najib dan Zahid...
    rasanya Saifol...
    AI mmg berjiwa besar..wlu mcm2 di perlakukan terhadap dia dan family...
    Sya selama ni tak menyebelah mana2 parti..yg baik sya sokong x elok sya bangkang...
    Tetapi selepas isu tilam ...sya bangkit ..lawan tetap lawan...say no to BN...

    ReplyDelete