Saturday, November 18, 2017

Kerah tentera: Pertembungan etnik Sinhalese dan Muslim di Sri Lanka pula

Sri Lanka kerah tentera untuk elak pergaduhan etnik
TMI · Diterbitkan pada 18 Nov 2017 5:43PM 
Sami Sri Lanka sedang berbual dengan pasukan tindakan khas Sri Lanka ketika majlis berdoa kepada mangsa tanah runtuh beberapa bulan lalu. Pada Sabtu ini berlaku pertembungan antara dua puak antara majoriti fahaman Buddha, Sinhalese dengan minoriti Muslim, sehingga memaksa kerajaan mengadakan perintah berkurung. – Gambar AFP, 18 November, 2017

SRI Lanka mengerahkan tentera dan mengadakan perintah berkurung waktu malam di selatan bandar itu bagi menghentikan pertembungan antara dua etnik.

Menteri Undang-undang Sagala Ratnayaka berkata, situasi di Gintota di kawasan Galle di bawah kawalan, dua hari selepas pergaduhan kecil bertukar kepada keganasan antara dua puak iaitu puak Sinhalese yang bermajoriti fahaman Buddha dengan minoriti muslim.

“Batalion polis tambahan, pasukan petugas khas polis, pasukan anti-rusuhan dan tentera dipanggil semalam untuk mengawal keadaan,” kata menteri itu dalam satu kenyataan.

Menurut polis yang menahan 19 orang dalam kejadian itu, enam orang cedera dimasukkan ke hospital di bandar Galle, 115 kilometer selatan Colombo.

Punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti memandangkan pelbagai pandangan mengatakan ia terjadi kerana kemalangan jalan raya sehinggalah kepada kononnya perbalahan mengenai tanah.

Kerajaan melepaskan perintah berkurung Sabtu pagi dengan amaran polis akan menahan mana-mana penghasut.

Dalam pada itu, Ratnayaka menyalahkan politikus tempatan kerana cuba mempergunakan isu kejadian itu.

“Sekarang ini ada kumpulan politik yang terdesak untuk mengalih isu kecil ini menjadi perbalahan antara Sinhala dan Muslim. Saya seru orang ramai supaya tidak termakan dengan propaganda palsu ini,” kata menteri itu.

Muslim terdiri dalam 10% daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, dan merupakan minoriti kedua terbesar selepas Tamil.

Manakala Sinhalis pula terdiri dari 70% penduduk Sri Lanka.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan teruskan usaha untuk mengelak dari kejadian ganas seperti yang berlaku pada 2014 bila empat orang mati dibunuh dan beberapa orang lagi cedera akibat pertembungan antara dua puak itu di kawasan yang sama.

Pengikut radikal fahaman Buddha telah dipersalahkan yang mana pemimpin mereka sedang menghadapi beberapa tuduhan mahkamah kerana mencetuskan keganasan antara agama itu. – AFP, 18 November, 2017.

No comments:

Post a Comment