Thursday, November 30, 2017

Betulkah ini peranan LHDN?

DAP dakwa LHDN jadi ejen tekan rakyat

 | November 29, 2017
Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mendakwa kerajaan kini kekurangan hasil akibat beberapa skandal sehingga menyebabkan LHDN terpaksa menekan rakyat.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat DAP mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjadi ejen menekan rakyat untuk membayar cukai pendapatan bagi menambah hasil kerajaan.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mendakwa kerajaan kini kekurangan hasil disebabkan skandal seperti 1MDB dan ketirisan dalam tadbir urus sehingga menyebabkan LHDN terpaksa menekan rakyat.
“Oleh kerana kerajaan tidak ada duit, LHDN jadi agensi untuk tekan rakyat bayar cukai. Walau banyak manapun kita bayar cukai, ketirisan masih berleluasa dan ia tidak akan selesaikan masalah,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya seru LHDN jangan anggap semua orang sebagai penjenayah. Kita bayar cukai tapi cara LHDN kutip cukai daripada orang ramai (perlu) berperikemanusiaan sikit. Jangan anggap orang sebagai penjenayah…terutama orang tua yang bersara, mereka sudah berkhidmat untuk negara.”
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz menyangkal dakwaan pengerusi DAP Sarawak itu dengan berkata, LHDN hanya memberi kesedaran kepada rakyat untuk membayar cukai pendapatan.
“Berkaitan langkah LHDN yang dilihat macam menekan rakyat, saya melihat apa yang dibuat LHDN dalam konteks memberi kesedaran. Sebagai rakyat, mereka kena bayar cukai.
“Kalau ada masalah, LHDN akan membantu. Bila kita sedar kita kena bayar cukai kita kena patuh, tapi kita sedar rungutan dibangkitkan Bandar Kuching.”
Beliau berkata, daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini, hanya 2.6 juta merupakan pembayar cukai.
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, LHDN juga hanya memastikan mereka yang layak membayar cukai.
“Kita tidaklah sampai tahap menekan rakyat. Kita sedar langkah LHDN ini untuk memastikan tidak ada orang yang patut bayar cukai sikit atau banyak, tapi tak bayar.”

No comments:

Post a Comment