Monday, November 20, 2017

Mereka dah dua kali gagal jumpa Zahid: Mengelak atau memang ada urusan penting?

Dua kali gagal jumpa Zahid mengecewakan,DAP Bersatu didakwa punca lewat lulus
DALIA ISMAIL  -  November 20, 2017 12:27 pm

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekesalannya kerana gagal bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun telah dimaklumkan kehadiran pimpinan PH hari ini di Kementerian Dalam Negeri.

“Tidak dapat jumpa menteri mengecewakan kami.Harapan kami dapat jumpa menteri walaupun kementerian tahu kami datang pada hari ini. Semua presiden dalam PH akan datang hari ini.


“Saya diberitahu bahawa menteri sedang berjumpa perdana menteri ada perkara lebih besar daripada nak memberitahu berkaitan kelulusan PH.

“Kami dapat jumpa dengan KSU dan kami cerita masalah kenapa kami datang hari ini,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan dipintu masuk luar bangunan Kementeria Dalam Negeri hari ini.


Dr Mahathir menjelaskan, beliau difahamkan sebab Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) lewat memberikan kata putus untuk meluluskan pendaftaran PH ekoran hubungkait dengan dua parti dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malayssia (Bersatu) dan DAP.


“Mereka (RoS) lambat beritahu kami kerana mereka ada masalah dengan PPBM dan DAP.


“Jika diberitahu awal kami selesaikan tidak ada niat untuk kami bantah atau timbul masalah pada kerajaan,” ujarnya.


Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata, PH mengharapkan agar keputusan yang akan dibuat oleh RoS disegerakan sebelum menjelangkang pilihan raya umum akan datang.


” Kita perlukan masa untuk persediaan pilihan raya. Jika beri keptuusan seminggu atgau dua minggu sebelum PRu tidak mencukupi.


“Antara sebab lain tidak ada melainkan dua sebab itu (Bersatu dan DAP). RoS takda apa.


“Kami harap kami diberitahu lebih awal dan kami akan ambil tindakan jika ada apa-apa yang lain kami cuba segerakan supaya ada masa untuk persediaan hadapi  pilihan raya.


“Kami cuma nak tahu daripada menteri kenapa lewat sangat. Parti lain daftar cepat tapi ini (PH) tiada jawapan.


“Kami berada dalam keadaan misteri dan tak tahu apa yang kami buat salah,” ujarnya yang berkata Ahmad Zahid sebelum ini telah menyatakan pendaftaran PH dalam pertimbangan ketika di Parlimen,bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.


Pada Khamis lalu pimpinan PH juga gagal bertemu Ahmad Zahid di Parlimen.

1 comment:

  1. Lawan mcm anak jantan la. Nak lawan secara gentleman pun tak berani

    ReplyDelete