Wednesday, November 22, 2017

Masjid ditutup di Paris: Mereka menggunakan sekularisme untuk menindas minoriti?

Masjid Ditutup, Umat Islam Dilarang Solat
By Wartawan Menara - November 21, 2017
Clichy, Paris: Setelah pihak berkuasa Perancis menutup sebuah masjid, kini umat Islam dihalang daripada menunaikan solat di atas jalan dengan menyifatkan ibadah tersebut tidak boleh diterima kerana menggunakan ruang awam.

Menurut LA Times, Perancis yang mempunyai hampir 5 juta penduduk Islam menghadapi masalah kekurangan masjid yang kritikal dan keadaan ini memaksa umat Islam di negara itu untuk solat di atas jalan.

Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mengarahkan supaya umat Islam dihalang dari melaksanakan ibadah di atas jalan-jalan di negara itu.
gambar aku petik dari LA Times

“Mereka tidak boleh solat di atas jalan, kami akan menghalangnya,” tegasnya lagi.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, kira-kira 100 orang ahli politik Perancis cuba menghalang umat Islam daripada menunaikan solat dan mengganggu mereka dengan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis. 

Difahamkan, solat di atas jalan itu diadakan pada setiap hari Jumaat di Clichy sejak Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid ter­kenal tempatan yang sebelum ini ber­operasi di dalam sebuah bangunan kerajaan dan kini telah dijadikan perpustakaan. 

Dalam pada itu, Datuk Bandar Clichy, Remi Muzeau mendakwa terdapat sebuah lagi masjid yang ada di utara Perancis untuk umat Islam menunaikan solat. Walau bagaimanapun, imam masjid menolak cadangan tersebut kerana masjid tersebut terlalu kecil dan kekurangan jaringan pengangkutan yang dapat membawa jemaah mereka untuk solat di sana. 

Ramai ahli politik di Malaysia mendakwa bahawa sistem sekular adalah yang terbaik demi melaksanakan keadilan tidak berbelah bagi untuk semua kaum, namun Perancis dan India menjadi contoh negara-negara yang menggunakan nama sekularisme untuk menindas kumpulan minoriti di negara-negara itu.

* Satu persoalan, kenapa mereka bertindak begitu? Adakah kerana tindak tanduk penganut Islam yang dianggap ekstrim?

3 comments:

  1. baru tau duk dalam negara kapir
    ni duk dalam negara Islam pung takut kapir apa hal
    nak buat hukum islam pung takut
    kapir tak mau kawan
    puit la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin islam korup pun tak berani tegur. Mcm mana tu

      Delete
    2. Jgn kaitkan Islam dgn negara yg penuh dgn rasuah ini...

      Delete