Friday, November 17, 2017

'Mangsa' liwat itu kakitangan UKM

HASLINA KAMALUDIN  - 16 NOVEMBER 2017
Johari Abdul

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan) mengesahkan 'mangsa' liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu dinyatakan sendiri Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah selepas membuat kenyataan di Dewan Rakyat.

"Saya bertemu sendiri dengan beliau dan tanya mengapa isu sebegini yang dibangkitkan. Mengapa tak buat laporan polis?

"Beliau mengelak untuk jawab hanya cakap perkara benar, yang mana anak saudaranya yang diliwat itu merupakan 'staff UKM," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini juga berkata, Ahmad Husni juga mengelak untuk menjawab soalan-soalannya.

"Saya tanya, bila kes ni jadi, di mana, Ahmad Husni tetap mengelak. Kami bertekak sikit kerana tak sewajarmya beliau guna Dewan yang mulia ini cerita perkara yang bukan-bukan.

"Rakyat hantar kita ke sini untuk bawa hal dan masalah rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Johari berkata, berkemungkinan Harapan akan ke UKM untuk mendapatkan maklumat mengenai 'mangsa' tersebut.

"Kita akan mencari mangsa ini. Kita akan jumpa Canselor dan nak tahu mengenai hal ini," katanya.

Jelasnya, tindakan qazaf adalah pengajaran buat semua ahli Parlimen untuk tidak bercakap tanpa bukti.

"Bukan sedap-sedap cakap, nak tuduh-tuduh. Lebih tidak adil kamu tuduh orang yang tak boleh nak bela diri," katanya.

2 comments:

  1. Husni oi! Miker nak u-turn ke, ato nak buat air_turn_back ke, itu miker punye pasey le. Yang molot miker celupo buat pitnah tu, buat meghonjang happer??? Elok beno le caghi 'mangse liwat' tu sampei dapat, teman nak tengok macam mane demer nak ngolah ceghite lepeih ni.

    ReplyDelete
  2. tension lah kakitangan UKM. Yang berjawatan dekan sampai lah yang bawah sebab mungkin orang itu sekarang dah berjawatan tinggi.. kalau saiful boleh hidup senang tak kan anak buah Husni sendiri tak mendapat laba untuk tutup mulut..

    Umur mangsa sekarang dalam lingkungan 40an ke 50an.. dan tak susah nak cari sebab mungkin dia seorang sahaja anak buah Husni

    UKM kena buat kenyataan samada mangsa masih lagi bekerja dengan UKM atau tidak.. tolong jaga maruah kakitangan UKM..

    Dan oleh kerana melibatkan kakitangan UKM maka elok lah UKM buat satu laporan

    ReplyDelete