Tuesday, November 21, 2017

JPPM tak perlu cari alasan

Mat Sabu: Tak perlu cari alasan, PH akan penuhi tuntutan JPPM

  | November 20, 2017
Mat Sabu mempersoalkan mengapa masalah dalam permohonan yang dibuat Julai lalu hanya diberitahu hari ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) jangan mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan mendaftarkan gabungan parti pembangkang.
Mohamad mempersoalkan mengapa masalah dalam permohonan yang dibuat 24 Julai lalu hanya diberitahu kepada mereka hari ini, dalam pertemuan antara para presiden PKR, PPBM dan Amanah, pengerusi DAP, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim di KDN Putrajaya hari ini.
“Kita selalu tanya apa masalah dan kenapa beritahu hari ini. Sedangkan pegawai kita berhubung selalu.
“Misalnya dulu tak ada nama Pakatan dalam logo PH. Kita letak nama Pakatan. Ini datang alasan baru. Jangan cari alasan untuk tidak meluluskan. Apa-apa tuntutan kita akan penuhi,” katanya kepada FMT ketika ditemui di majlis memperingati mendiang ahli politik DAP Lau Dak Kee di ibu pejabat DAP malam tadi.
Timbalan Presidem PH di Majlis mengigati mendiang tokoh veteran DAP, Lau Dak Kee di Ibu Pejabat DAP
Dalam pertemuan siang tadi, JPPM menjelaskan penangguhan dalam pendaftaran gabungan itu kerana masalah berkenaan PPBM, yang gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan sejak pendaftaran diluluskan, dan DAP, yang belum menyerahkan laporan pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang diadakan 12 November lalu.
Amanah, PKR, PPBM dan DAP merancang untuk bergabung secara rasmi sebagai Pakatan Harapan dan menyertai pilihan raya umum akan datang bawah satu simbol.
Jumaat lalu, Surayati berkata masih belum ada sebarang perkembangan terkini mengenai status pendaftaran PH.

1 comment:

  1. Aku nak tubuh sebuah parti nyamuk baru diberi nama parti kutu berahak. PKB sokong najib 10000%. Aku yakin kak RoS gerenti lulus serta merta hahaha

    ReplyDelete