Friday, November 17, 2017

Isteri Mugabe 'Gucci Grace' (suka shoping) nak rampas jawatan presiden

Isteri Mugabe mahu rampas jawatan presiden?
SH  -  16 NOVEMBER 2017
Grace Mugabe. - Foto sumber AFP

ISTERI Presiden Zimbabwe, Grace Mugabe didakwa sebagai antara individu yang memberi tekanan kepada Robert Mugabe supaya meletak jawatan.

Grace sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang suka 'shopping' sehinggakan beliau digelar 'Gucci Grace'.

Beliau kini mempunyai profil yang tinggi dalam parti kerajaan, Zanu-PF sebagai pengerusi sayap wanita.

Semenjak meluaskan pengaruhnya dalam bidang politik, Grace didakwa menjatuhkan beberapa pengganti yang berhasrat untuk menggantikan suaminya.

Pesaing utama beliau, Timbalan Presiden, Emmerson Mnangagwa dituduh tidak setia dan dipecat pada awal bulan ini.
Grace telah pun memenangi sokongan penting dari parti Zanu-PF, termasuk dari suaminya sendiri.

Selepas dipecat, Emmerson melarikan diri dari Zimbabwe dan semminggu selepas itu, tentera kerajaan menawan stesen televisyen nasional, ZBC.

Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah pihak tentera menyokong Emmerson dan mahukan beliau menggantikan Mugabe?

Grace: 'Rakyat Zimbabwe akan undi saya'

Selepas menawan ZBC, pihak tentera mengatakan mereka sedang menjalankan misi 'yang menyasarkan penjenayah di sekeliling pemerintahan Mugabe yang telah menyebabkan kerosakan ekonomi dan sosial'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tentera rampas kuasa, Zimbabwe kini bergolak]

Sebelum ini, Grace pernah menafikan mahu bertanding untuk jawatan presiden tetapi kata-kata Grace pada satu perhimpunan pada 2014 telah menghantui sesetengah pihak.
"Mereka kata saya mahu jadi presiden. Mengapa tidak? Bukankah saya seorang rakyat Zimbabwe?"

Awal tahun ini, Grace mengatakan rakyat Zimbabwe akan tetap menyokong beliau menjadi presiden walaupun beliau telah mati dan menjadi mayat.

Zanu-PF bagaimanapun tetap mahukan Mugabe sebagai presiden, tetapi khabar mengenai kesihatan Mugabe yang semakin teruk telah menimbulkan kebimbangan.

Dituduh meracun Mugabe

Mugabe pernah jatuh sakit ketika di satu perhimpunan dimana beliau dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.

Penyokong Zanu-PF yang masih menyanyangi Mugabe menuduh Grace meletakkan racun dalam ais krim yang dimakan oleh Mugabe sebelum kejadian.

Ais krim tersebut pula dilaporkan dihasilkan dari ladang tenusu milik Grace.

Mugabe mengesahkan sendiri beliau telah meracun, tetapi menafikan bahawa Grace yang telah meracunnya.

Apa akan berlaku di Zimbabwe selanjutnya?

Ketika ini, Mugabe dikenakan perintah tahanan rumah di kediamannya.

Grace ditahan secara berasingan tetapi masih berada berhampiran lokasi Mugabe sekaran.

Wakil dari Zanu-PF mengatakan Mugabe mungkin boleh mempertahankan jawatannya sehingga mesyuarat kongress yang akan berlaku Disember lepas, dimana Emmerson didakwa akan kembali dan diberikan jawatan presiden parti dan presiden negara tersebut.

Perniagaan dan kegiatan rutin rakyat Zimbabwe pula masih berjalan seperti biasa, walaupun pihak tentera dirakam mengawal beberapa kawasan penting di ibu negara dan di lapangan terbang antarabangsa negara tersebut.

Untuk mereka yang berada di Zimbabwe, mereka hanya mampu menunggu.

1 comment: