Saturday, November 18, 2017

Apa perlunya Dr. Mahathir melawat hospital cina untuk raih sokongan sepertimana yang Najib lakukan?

‘Dr Mahathir tak perlu ke Tung Shin raih sokongan Cina’

  | November 17, 2017
Peguam Art Harun berkata masyarakat Cina menyokong kerajaan dulu kerana mereka tidak dihina.
PETALING JAYA: Seorang pengulas politik tempatan hari ini mengecam Datuk Seri Najib Razak yang berbangga beliau perdana menteri pertama melaway Hospital Tung Shin di tengah ibu kota, sambil menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa menyebut namanya.
Azhar Harun, peguam yang terkenal dengan panggilan Art Harun, berkata Dr Mahathir semasa pentadbirannya tidak perlu melawat hospital berusia lebih 100 tahun yang diasaskan oleh kapitan Cina, Yap Kwan Seng itu kerana kerajaan ketika itu sudah yakin dengan sokongan masyarakat Cina dan tidak perlu meraih sokongan seperti Najib.
Art berkata di bawah Dr Mahathir, Umno mengiktiraf kekuatan MCA yang menjadi wakil utama Cina dalam Barisan Nasional (BN).
“Umno pada waktu itu menjadikan MCA seperti rakan sebenar. MCA dihormati.
“Umno tidak pernah berbaik dengan PAS atau mengeluarkan kenyataan provokasi seperti ‘kita akan menang tanpa Cina’ atau ‘MCA lemah dan kita tidak perlukannya’,” kata Art.
Semalam, Najib berkata seorang bekas perdana menteri yang berkhidmat 22 tahu tidak pernah melawat Hospital Tung Shin.
“Saya difahamkan saya perdana menteri Malaysia pertama yang melawat 2 hospital ini. Ada seorang yang jadi perdana menteri 22 tahun tak melawat hospital ini,” kata Najib.
Najib turut mengumumkan pemberian bantuan RM3 juta kepada hospital berkenaan bagi membina pusat kardio.
Art berkata Mahathir tidak pernah menyakiti masyarakat Cina dan tidak pernah mengecam pengundi Cina kerana sokongan lemah dari kalangan mereka.
“Beliau juga tidak pernah menggunakan mana-mana pihak untuk menyampaikan ketaksuban dan kebencian kaum dengan mengedar baju T atau mewujudkan laman web yang tidak habis-habis mengatakan Cina mahu ambil alih Malaysia dan mengatakan ‘habis la orang Melayu dan Islam kalau Cina perintah Malaysia’,” katanya sambil menambah yang Umno dahulu tidak pernah menyokong cadangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Art berkata, masyarakat Cina pada waktu itu tidak perlukan Dr Mahathir melawat hospital Cina, sekolah Cina atau menyertai upacara penyembelihan ayam di rumah ibadat Cina.
“Ekonomi Malaysia ketika itu kukuh. Tauke Cina gembira dan mereka membalasnya dengan memberi sokongan padu kepada kerajaan.
“Mahathir tidak perlu mengampu kepada doktor dan pesakit di hospital. Atau di mana-mana sahaja, untuk memperoleh sokongan Cina,” tambahnya.

1 comment:

  1. Tarak ONG punya orang! Bawak SUWEI saja. Harap harap. sepital tu tak kena MALAPETAKA! Kah kah kah.

    ReplyDelete