Tuesday, November 21, 2017

Permohonan PH belum lulus: Adakah ini sebab sebenarnya?

Tuesday, November 21, 2017
Ketidak lulusan permohonan PH tanda Najib takut

RESPONS

Najib Razak dan para pembantu serta panglimanya sering kali bermadah dengan penuh keberanian kononnya kerajaan pimpinannya masih diyakini rakyat. Pelbagai fakta mengenai kehebatan kerajaanya dikemukakan kepada umum, sampai setengahnya diulang baca berkali-kali.

Seorang pembaca berita di stesen televisyen memberi tahu dia sendiri sudah muak membaca skrip sama di depan tv berulang kali sehingga rasa mukanya dah kematu kerana dicemuhi oleh penonton. Tetapi katanya apakah daya kerana kerja, terpaksa juga menahan muka diludah orang di skrin tv.

Apakah dakwaan Najib itu yang kerajaanya masih disokong rakyat benar atau pun ia propaganda murahan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat sahaja. Sebenarnya daripada apa yang Najib lakukan mengulangi perkara sama, menyebut-nyebut topik sama ialah kerana dia terdesak. Najib sudah dapat merasakan kerajaanya bermasalah dan sedia ditolak rakyat.

Di sini satu saja bukti menjelaskan Najib kini takut dengan perkembangan politik yang ada kini. Pemenjaraan Anwar Ibrahim tidak cukup menyelesakan kedududukannya. Dia tidak percaya pemenjaraan Anwar itu memberi kelebihan kepadanya. Itu sebab dia cuba menghampiri Anwar dengan melawat Anwar sakit guna untuk menimbul kekeliruan di kalangan orang ramai.

Begitu juga dengan bolak balik dan ketidaklulusan Pakatan Harapan, menjadi sebuah parti yang akan berdepan dengan BN satu lawan satu menunjukkan ketakutan Najib.

Kalau Najib yakin dengan kerajaannya, kenapa harus dilambatkan kelulusan PH itu? Harapan untuk rakyat melihat PH diluluskan sangat tipis. Mungkin permohonan komponen PH untuk mendaftarkan parti mereka akan dipadam terus.

Berbagai alasan tidak masuk akal dan nampak sangat tektik untuk tidak meluluskannya diberikan.

Memang Najib berhak berasa takut dengan penubuhan PH. Kerana dengan adanya PH menjadi satu lawan satu dengan BN ia mencemaskan BN. Sekiranya PH diluluskan kelak, negara ini akan mempunyai dual sistem parti BN dan PH.

Orang ramai hanya akan melihatkan dua komponen ini sahaja nanti, PH atau BN. Mana-mana parti lain akan dianggap tidak wujud dan ia akan mudik ke laut begitu sahaja.

Apa yang boleh difahamkan dengan "keliatan" kerajaan (RoS) untuk meluluskan PH itu ialah pertama kerana takut, kedua untuk menyelamat komponen-komponen kecil lain yang berasakan mereka juga mampu untuk menjadi parti besar walhal mereka tidak ubah seperti katak air, (katak woov) yang boleh membesarkan diri ketika berhadapan dengan musuh untuk dilihat ianya besar dan gagah. [wm.kl.11:25 an 21/11/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 11:26:00 AM 

1 comment:

  1. RoS dah jd mcm SPR. Malu aku klu ada saudara yg kerja dgn RoS atau SPR!

    ReplyDelete