Friday, November 17, 2017

Saya tak boleh bayangkan jika golongan ini diberi peluang memerintah Malaysia

FRIDAY, NOVEMBER 17, 2017
PARTI PERASAN SUCI BUAT KERJA MEMALUKAN ORANG ISLAM
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 
1. Pakai jubah, serban, ketayap, bersyarah baca Quran, hadis, ada title ustaz, tapi ajak dan provok orang ramai buat kerja gugat keharmonian masyarakat. 

2. Kalau ia pun, sabarlah. Tunggulah sehingga kes mahkamah selesai sepenuhnya. Usah gunakan solat, urusan ibadat paling mulia utk jadi alat politik balas dendam. 

3. Banyak lagi tempat lain yg boleh guna utk berhimpun dan solat hajat. Kenapa tak contohi Tok Guru yg buat di stadium? Itu kan lebih harmoni. Atau buat saja dimana-mana masjid. Itukan lebih manis? 

4. Kenapa begitu bersusah-payah ajak orang ramai bersolat di atas tanah yg masih menjadi pertikaian. Solat itu kerana Allah atau kerana nak balas dendam? 

5. Quran sebut, solat boleh mencegah mungkar. Tapi kalau solat utk tujuan provokasi, itu mencegah mungkar atau mengundang mungkar? Semenjak bila pula solat boleh dijadikan bahan provokasi? 

6. Mujur orang Amanah masih rasional, membiar dan tidak bertindak balas. Bayangkan jika berlaku sebaliknya, bukankah itu mengundang perbalahan? Jika berlaku begitu, apa untungnya rakyat? 

7. Pas perlu fokus agenda membela rakyat. Jika mahkamah putuskan semuanya milik Pas, apa yg rakyat Kelantan akan dapat dgn kemenangan itu? Terbelakah nasib rakyat Kelantan dgn kemenangan itu? 

8. Pas perlu sedar dia jadi kerajaan di Kelantan. Buatlah kerja yg sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan. Kerja solat hajat atas tanah utk tujuan provokasi sebegitu tak sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan. 

9. Apa-apa pun, rakyat Kelantan memerhati. Dan, tak mustahil mereka semakin jemu dgn Pas. Teringat kejadian semasa saya sedang menyantap di Stesen Bas Kota Bharu beberapa bulan yg lalu... 

10. Seorang lelaki berkata, "Ambo ore Pah, tapi ambo tok sey undi Pah doh kali ni...!" Dia tak kenal pun saya, dan saya pun tidak bertanya pendirian politiknya, tapi itulah luahan hati orang Kelantan. 

Komen Nettizen  :

Md Rashid Tahir : Rakyat Kelantan sendiri akan menghukum mereka.... 

Mohamad Zaki Zakaria : Semakin hari semakin mengarut.....

Dato Mohd Hazim : Bila orang Bodoh Diangkat Jadi Tuan Guru... Hancur Musnah Islam Di Mata Bukan Islam

Fuaady AlHaj ; Dah jadi penunggang kini...

Azeezi Sunan : Hayati Video ucapan Dato Li (arwah) jelas dan terang.. Video ucapan Dato Husam juga nyata dan menyakinkan.. Video pengakuan mat amar TMB tntg kelulusan compartment balak juga terang & jelas.. Rakan2 ambo yg masih istiqamah pas geleng kepala dan sangat kecewa melihat betapa buruknya kecuranggan lebai2 mereka dan balu Dato Li.. InsyaALLAH akan ade cawangan pas yg akan terbubar sedikit masa lagi hanya kerana isu ini.. 

Khamaruzaman Man :Saya tak boleh bayangkan jika golongan ini diberi peluang memerintah Malaysia agak2 jadi mcm mana agaknya

Mohd Ariff Ab Kadir‎ : Dari pacak bendera, sampailah turun naik mahkamah. Rupanya nak duduk atas rumput aje. Masuk WTG pun tidak. Laaa. Bakpo tok oyak awal2 nyo?

Wan Azwan : Islam itu mudoh..nak semayang dop nanti ko dlm masjid..atas rumput pun blh..baik org yg semayang atas rumput drpd mu syaitan bertopeng muko dajal mcm mu...bodoh punya org pandat... 

Habib Din Ore : pas mikir bodo..ralix dok nipu..dari awal lg..dlu kato tanoh kreje..kikikiki 

Usop HINO : hino Pas ni...setakat dok atas tanoh jelah ooiiii.. Bangunan hok dato husam...ada juga masuk bawah bangunan 

Napoleon Solo: Puak bodoh dn bebal..otak tk blh hadam antra btul dn slh..mne hero2 tu hri yg pacak bendera?..hahaha.. 

Kay Zamany :Dulu kawe pakoh Pas, pah ni kawe dop pakoh doh Parti Selam tu!

Alias Che Salleh :PIMPINAN PAS KELANTAN berjaya menjadikan semula PAS ke era tahun 70an..Mundur kebelakang. Menjadi parti kampungan..

Johar Ismail : Letrik dan air yang digunakan dari Wisma Tok Guru untuk sembahyang hajat oleh PAS SIAPA YANG BAYAR? ALLAH MENILAI SEGALANYA

Razak Awang BJ : Ada setengah ustaz cakap, pakai air utk wuduk tanpa kebenaran tuan, solat x sah. Lagu mana pula lepas pakai air... kutuk plak tuan punya air.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:14 am 

1 comment: