Wednesday, November 15, 2017

Oloh parok Ustaz Wan Hassan sokong sek penyamun!

Bakpe jadi gitu ustaz?
Ahmad Firdaus Mohd -  Hari ini, 12:27 pm

(Nota: Tulisan ini menggunakan bahasa daerah.)

Oloh parok, tulisan tiga tahun lepas masih buleh paka, arap tahun depan beruboh.

Duk tringat tahun 2013. Teruja boh pertama kali buleh ngundi pilihan raya. Daripada skoloh lagi dok sabor nok ngundi. Waktu tu hangat dengan isu lembu duduk kondo. Memang penuh harapanlah harap-harap dengan ngundi boleh uboh Malaysia tercinta ni. Waktu tu tiga orang tanding rebut kerusi P39 Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan (PAS), Datuk Rosli Mat Hassan (Umno) dan Mazlan Harun (bebas).

Memang soheh doh ngundi Ustaz Wan Hassan. Sebabnya Umno teruk ngat duk bahang pitih rakyat sokmo. Pasti doh dengan ngundi Ustaz Wan Hassan kalau dokleh uboh Malaysia pn, paling kurang boleh lawan Umno kat parlimen.

Tahun 2015, Umno-BN masih memerintoh. Penyelewengan koho parok. Isu 1MDB, RM2.6billion, duit MARA, skandal dana anok yatim dan orang miskin (isu YAPIEM) dan banyok lagi. Duit-duit yang puok ni curi dok terkate banyoknye, orang kampung macam saya dokleh nok bayang banyok mane duit RM2.6 billion tu.

Nasib baik ngundi Ustaz Wan Hassan bukan Datuk Rosli Mat Hassan. Mesti dia lawan Umno.

Hidup rakyat koho susoh. Harga minyok takdop subsidi doh. Kalau harga minyok naik, harga barang lain beng kabo lah, confirm naik lake. Tu dok cerite pasal harga tol naik lagi tu. Susoh boh. Tengoh-tengoh susoh gini, kerajaan laksana pulok cukai GST. Konon menteri bijok panda kabo ni untuk kebaikan rakyat. Tapi setakat beberape bulan hidup dalam rejim GST ni, rakyat koho sengsara bukan bahagia! Parok boh!

Nasib baik ngundi Ustaz Wan Hassan bukan Dato Rosli Mat Hassan. Mesti dia lawan Umno.

Pembentangan bajet 2016 oleh Datuk Seri Najib buat rakyat koho sakit hati. Peruntukan untuk universiti kene potong tapi peruntukan untuk pejabat PM naik? Subsidi banyok kene potong termasuk minyok masok dan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kene potong 95%. Parok boh!

Nasib baik ngundi Ustaz Wan Hassan bukan Dato Rosli Mat Hassan. Mesti dia lawan Umno kat parlimen.

Menjelang pengundian bajet kat parlimen, dengor ure-ure kabo sek-sek pemimpin PAS nok sokong bajet 2016 Najib. Eh dok saboh rasenye, bajet nyusoh ke rakyat gitu dokkan PAS sokong. Dok logik boh, Kabor angin tu. PAS sek baik, Umno sek penyamun.

Nasib baik ngundi Ustaz Wan Hassan bukan Datuk Rosli Mat Hassan. Wat nape ngundi sek penyamun.

Hari pengundian bajet 2016 kat parlimen. Parok, tiga orang je ahli parlimen PAS undi dok setuju dengan bajet 2016 Najib. Yang lain ponteng ataupun undi berkecuali. Ponteng dan berkecuali tu maknanya sokong Najib tapi malu-malu kucing.

Dakpe itu ahli parlimen lain, dok mungkin Ustaz Wan Hassan. Ustaz Wan Hassan lawan Umno. Dokkan dia setuju dgn Umno. Cek hansard tengok, oloh parok Ustaz Wan Hassan sokong sek penyamun! Bakpe jadi gitu ustaz?

3 comments:

  1. Dia ni bukang berkhidmat utk rakyat dungung pung. Sana sini kuliah janji masyuuk. Msjid tmpat sy di kuantan pun dia kuliah sebln sekali. Janji masyuuk. Mapuh pi lah org dungung.

    ReplyDelete
  2. Ustak mu bodo lah tuuu

    ReplyDelete
  3. sekarang ni banyok gok ustad hok jenis serbang atah pale tapi menatang beruk. Beruk lagi molek kelaku sebab dia beruk.

    ReplyDelete