Friday, November 3, 2017

Hadi ‘berani sangat’: Semua isu yang tersorok di Malaysia akan dibentangkan di mahkamah United Kingdom

Art Harun: Hadi ‘berani sangat’ fail saman di UK

 | November 1, 2017
Semua perkara yang tidak dilaporkan di Malaysia akan dibentangkan di mahkamah UK, kata peguam mengulas saman Hadi terhadap editor Sarawak Report.
PETALING JAYA: Peguam Azhar Harun hari ini memberi amaran Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sudah melakukan “kesilapan besar” kerana memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London.
Menyifatkan tindakan Hadi sebagai “berani sangat”, Azhar, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, memuji keterangan pembelaan dan tuntutan balas 55 halaman oleh Clare sebagai cemerlang.
“Saya mesti puji peguamnya di United Kingdom. Pembelaan itu terperinci dan bagus. Secara jujur, saya rasa saya sendiri tidak dapat melakukannya seperti itu,” katanya di Facebook hari ini.
Hadi, yang mahu menyaman Clare atas dakwaan fitnah, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London pada April berhubung artikel yang dimuatnaik Clare pada 6 Ogos tahun lepas.
Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s not Forget His Many Other Criminal Connections”.
Dalam artikel itu, portal itu mendakwa RM90 juta “dikatakan” dimasukkan ke akaun pimpinan tinggi PAS untuk memikat mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Clare, dalam pembelaannya terhadap saman Hadi, berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel itu.
Dalam tuntutan balasnya, beliau berkata Hadi mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.
Azhar berkata dalam pembelaan itu, Clare menggunakan hujah “berkepentingan awam”, dan seterusnya memberikan sekurang-kurangnya 103 perenggan kecil mengapa perkara itu harus dianggap berkepentingan awam.
Malah, beberapa perenggan kecil itu mengandungi beberapa lagi perenggan di bawahnya.
“Semua ini secara tidak langsung merujuk kepada pelbagai perkara yang menyentuh topik yang langsung tidak dibincangkan di Parlimen, termasuk, terutamanya, penemuan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat,” katanya.
“Perbicaraan kes itu pasti sangat menarik. Semua isu yang tidak dilaporkan di Malaysia akan dibentangkan di mahkamah United Kingdom, kecualilah kalau semua perenggan itu atas sebab tertentu dikeluarkan sebelum dibicarakan di mahkamah UK.
“Saya rasa pembelaan itu berita gembira untuk semua pihak yang terlibat dalam saman itu, termasuk mereka yang dinamakan dalam keterangan itu,” katanya.

* BerkaitanAmbiga: Ada 'perbicaraan mini' pula di Malaysia

1 comment:

  1. Kat malaysia nak sorok segala2nya. Allah maha kuasa. Insyaallah akan terburai segalanya di UK. hahaha

    ReplyDelete