TMI · Diterbitkan pada 2 Nov 2017 10:39AM
SEABAD lalu, kerajaan British melakukan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin. Pengkhianatan itu mengakibatkan penderitaan yang tidak terperi hebatnya kepada rakyat Palestin. Ia juga memberi kesan kepada apa yang berlanjutan hingga kini.
Tarikh 2 November, 2017 menandakan ulang tahun ke-100 Pengisytiharan Balfour – peristiwa bersejarah yang menjadi titik tolak wujudnya pendudukan dan penjajahan Israel di atas bumi bersejarah Palestin dan proses penghapusan penduduk asal Palestin.
Melalui pengisytiharan ini, kerajaan British menyatakan komitmennya untuk membantu mewujudkan “a national home for Jewish people” di atas tanah Palestin, kononnya “tanpa melakukan apa-apa yang mungkin akan memudaratkan hak sivil dan keagamaan penduduk bukan Yahudi di Palestin".
Pengisytiharan ini bertujuan membentuk negara Yahudi di atas tanah Palestin yang ketika itu orang Palestin adalah 90% daripada penduduknya.
Hal ini sengaja dinyatakan menggunakan bahasa yang samar-samar untuk menenangkan sebahagian ahli kabinet yang menentang pembentukan negara Yahudi dan untuk memperdaya pemimpin Arab yang ketika itu dijanjikan kemerdekaan sebagai balasan membantu British mengalahkan Kerajaan Uthmaniyyah semasa Perang Dunia Pertama.
Pemimpin Zionis, Azriel Weismann mengakui yang Balfour dan Perdana Menterinya David Llyoyd George memberitahunya yang frasa “national home” sebenarnya bermaksud negara Yahudi.
Palestin diletakkan di bawah mandat British pada 1922 oleh Liga Negara-Negara dan Pengisytiharan Balfour digabungkan di dalamnya.
Objektif mandat ini ialah untuk membentuk institusi di Palestin yang akan membawa Palestin kepada kemerdekaannya. Sebaliknya, British menjadikan Palestin sebuah projek penjajahan oleh Yahudi Eropah secara senyap-senyap.
Herbert Samuel, seorang menteri British Zionis dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British pertama di Palestin. Dialah yang meletakkan asas pembentukan Negara Aparteid Israel di Palestin.
Polisi British dengan nyata mendiskriminasikan penduduk asal Palestin. Samuel memperkenalkan undang-undang untuk memudahkan imigran Yahudi mengambil alih tanah penduduk asal Palestin. Samuel juga menubuhkan institusi perbankan, sektor awam, pendidikan dan sumber tenaga Yahudi yang berasingan.
Zionis juga dibenarkan menubuhkan Suruhanjaya Zionis yang sebenarnya dalam bahasa jujur seorang pegawai British bermaksud “Pentadbiran di dalam Pentadbiran” yang menjadikan “pemerintahan yang baik menjadi mustahil”.
Angkatan bersenjata Yahudi yang berasingan (Haganah) yang dibentuk akhirnya bersama-sama dengan puak pengganas bersenjata melakukan pembunuhan etnik Palestin untuk membentuk negara Yahudi Israel.
Penduduk Yahudi yang minoriti dibenarkan mengadakan pilihan raya untuk melantik pemimpin dalam Suruhanjaya Yahudi yang akan menangani perkara melibatkan masyarakatnya sedangkan penduduk asal Palestin yang majoriti tidak dibenarkan untuk membentuk institusi untuk mewakili mereka.
Samuel menyatakan alasan diskriminasi ini ialah: “ada kemungkinan komuniti Muslim dan Kristian mahu mewujudkan Suruhanjaya mereka sendiri… (yang) aktivitinya mungkin bertentangan dengan polisi yang menyentuh isu Palestin yang dipersetujui kerajaan diraja” – iaitu polisi pembentukan negara Yahudi di Palestin.
Beribu-ribu Yahudi dibenarkan berhijrah ke Palestin. Pada pertengahan 1930-an populasi Yahudi melonjak dari 8% kepada 30% populasi Palestin.
Pemilik tanah Arab yang menetap di Syria dan Lebanon dihalang kembali ke Palestin dan dengan itu terpaksa menjual tanah mereka kepada Agensi Yahudi. Tanah tersebut diagihkan kepada pendatang Yahudi dan penduduk asalnya diusir keluar.
Migrasi Yahudi yang ketara ke bumi Palestin dan penyingkiran petani Palestin dari tanah mereka menyalakan Revolusi Arab Palestin (1936-1039) dan ia dihentikan dengan cara yang kejam.
RAF mengebom kampung-kampung Palestin secara semberono. Tentera British menyerang kampung, memusnahkan simpanan mereka dan menahan para lelaki di dalam sangkar berhari-hari tanpa memberikan makanan dan minuman.
Hukuman secara kolektif diguna pakai secara berleluasa. Para pemimpin dipenjarakan atau dibuang negeri. Tentera bersenjata Yahudi membantu tentera British menghalang rakyat Palestin yang memberontak.
Pada 1933, masyarakat Palestin berpecah, tidak berdaya dan tiada pemimpin. Kurang daripada 10 tahun selepas itu, Nakba berlaku. Tentera Zionis yang dilatih tentera Britain dan negara barat lain, berlaku kejam kepada penduduk Palestin.
Lebih 700,000 wanita, kanak-kanak dan lelaki meninggalkan rumah mereka dan menjadi pelarian. Tentera British hanya memerhatikan pembersihan etnik Palestin ini berlaku.
Semasa mengulas pengkhianatan kerajaan Britain kepada rakyat Palestin ini, bekas menteri Britain Anthony Nutting menulis: “…Kerajaan semasa ketika itu layak dikutuk kerana mulut dan penulisannya bersubahat dan membantu kemaraan setiap agenda Zionis bermula dari Pengisytiharan Balfour dan seterusnya…”
Lebih teruk daripada ini, kerajaan dengan sengaja menipu majoriti orang Arab di Palestin tentang niat sebenar mereka dengan janji dan jaminan yang mereka “tiada alasan untuk berasa takut” dan Britain “tidak akan bersetuju” kerajaan Yahudi menegakkan undang-undang sendiri di tanah mereka.
Kesan kolonialis Yahudi yang dibantu British ke atas Palestin ini menyebabkan konflik luar kawalan antara Palestin dan Yahudi. Ia menyebabkan penderitaan, kesengsaraan dan penghinaan kepada rakyat Palestin, keistimewaan Israel dan merosotnya nilai undang-undang dan institusi antarabangsa; dan pertumbuhan dasar perkauman dan terhakisnya moral dalam masyarakat Israel.
Bayangkan, seorang ahli Parlimen Israel Ayelet Shaked, seorang wanita mengutuk semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar anak-anak Palestin dan ibu-ibu mereka dibunuh.
“How low can one sink!”
Tidak memeranjatkan apabila seorang konduktor muzik terkenal Daniel Barenboim berpendapat yang “pendudukan haram menghakis semua nilai kesopanan dan kemanusiaan serta moral daripada individu seperti saya (seorang Yahudi) yang menindas, menyeksa dan menganiaya lebih 20 abad.”
Baru-baru ini United Nations Economic and Social Commission for West Asia (ESCWA) meluluskan satu laporan tentang perlakuan Israel terhadap penduduk asal Palestin. Dalam laporan bertajuk “Israeli Practices towards the Palestininan People and the Question of Apartheid” itu, Israel didapati bersalah atas jenayah aparteid berdasarkan pertimbangan ilmiah dan bukti-bukti yang banyak.
100 tahun selepas peranan memalukan Britain menipu pemimpin Arab Palestin, Britain kini boleh berbangga kerana membantu Negara Zionis Israel menjadi Rejim Aparteid Abad 21.
Sudah tiba masanya untuk rakyat Britain yang waras untuk memaksa kerajaan mereka bertanggungjawab ke atas kezaliman yang mengerikan yang dilakukan ke atas warga Palestin.
Kerajaan British patut memohon maaf kepada warga Palestin atas penderitaan dan penyeksaan yang mereka terpaksa alami lebih seabad lamanya. Dan ia patut mengetuai usaha untuk mengambil tindakan ke atas Israel di bawah undang-undang antarabangsa bagi menghentikan aparteid ini. – 2 November, 2017.
* Mohideen Abdul Kader Naib ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment