Wednesday, November 1, 2017

Bangla lagii: Dibunuh jalin hubungan dengan isteri orang

Kerana jalin cinta dengan isteri orang
MUHAMMAD AFHAM RAMLI   -  31 OKTOBER 2017
Abdul Aziz (kanan) menunjukkan gambar Johari yang dicari bagi membantu siasatan les pembunuhan lelaki Bangladesh

SEPANG - Seorang pemilik kedai makan dan gunting rambut warga Bangladesh maut ditetak selepas dipercayai menjalin hubungan dengan isteri orang.

Mangsa berusia 26 tahun ditemui mati di kawasan memproses ayam di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan mendapati mangsa tinggal bersama dengan sepasang suami isteri  warga Indonesia di sebuah rumah yang mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air.

Menurutnya, mangsa dikatakan telah mendiami rumah terbabit sejak tiga hingga empat tahun lalu sejak bekerja sebagai pekerja kontrak di Puchong.

"Mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia terbabit.

"Suspek dalam kes ini disyaki adalah suami kepada wanita terbabit yang dikenali sebagai Johari. Suspek ini bagaimanapun telah menghilangkan diri, namun isterinya telah pulang ke Indonesia pada bulan Ramadan lalu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini.

Beliau berkata, siasatan forensik mendapati mangsa disyaki dibunuh ketika sedang tidur berdasarkan kesan darah di atas katil dan bilik mangsa.

Katanya, suspek kemudian terus menghilangkan diri menaiki motosikal jenis Suzuki berwarna merah jambu.

"Polis kini sedang berusaha mengesan Johari bagi membantu siasatan. Mana-mana individu atau mereka yang mengenali dan melihat suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Sepang Asisten Superintendan Wan Azirul Wan Aziz di talian 017-6556575 atau balai terdekat," katanya.

Sementara itu, IPD Sepang hari ini mengeluarkan senarai 30 orang dikehendaki termasuk lima wanita bagi membantu menyelesaikan siasatan pelbagai kes jenayah seperti pecah rumah, curi, rusuhan dan samun yang berlaku di daerah ini.

Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 51 tahun itu dikehendaki bagi menyelesaikan pelbagai kes tertunggak sejak 2005.

Menurut Abdul Aziz, butiran peribadi termasuk gambar dan maklumat kesalahan mereka akan dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi IPD Sepang hari ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kesemua suspek itu.

1 comment:

  1. 2005 2017 hampir 12 tahun bertunggak
    teberak la nak cari lani


    ReplyDelete