INI JAWAPAN YG PADAT & TERPERINCI KENAPA SEJARAH BANGSA ROHINGYA YG DISEMBUNYIKAN YANG BUAT RAMAI TERKEJUT
September 5, 2017
Pelbagai masalah di hadapi oleh Rohingya. Pelbagai persoalan yang masih belum terjawab. Siapakah mereka,asal usul mereka,mengapa kerajaan Myanmar ingin hapuskan bangsa ini.
Isu Rohingya ini sebenarnya rumit. Ya… sangat rumit. Tapi ramai yang main bedal saja bila mengulas isu ini tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh. Ilmu yang sedikit membawa kepada fitnah.
Aidil Adha dan hari-hari Tasyriq yang patut menyatukan kita telah bertukar menjadi hari berbalah dan menyebar dusta. Apa kebendanya semua ini?
Ada tulisan tular yang kata Rohingya ini tidak “deserve” bantuan kita kerana mereka berperangai buruk. “Kalau etnik lain boleh hidup aman damai di Myanmar kenapa Rohingya tak boleh? Mesti perangai Rohingya sendiri yang suka duduk dalam kepompong sendiri menolak asimilasi kan? Cuba tengok perangai mereka dekat Selayang!” Dan… macam-macam lagilah.
Benda ini bukan boleh pakai logik sahaja bang ooiii. Rohingya dibenci pun bukan kerana faktor agama atau Islamo-fobia semata-mata. Bukan hitam vs putih. Bahaya jika isu ini dibahaskan melalui kerangka konflik agama. Isu Rohingya adalah contoh klasik kegagalan ethno-nasionalisme yang membawa kepada kegagalan “nation-building”.
Rohingya merupakan kumpulan yang dikambinghitamkan dalam masalah ini dan mereka menghadapi penghapusan etnik atau “genocide”.
Ingatlah… Rohingya bukan pendatang Bangladesh yang sombong seperti yang didakwa. Keadaan Rohingya dan Bangladesh ada persamaan dengan Alam Melayu juga.
Asal Usul Rohingya
Pada asalnya negeri Rakhine (atau Arakan, tempat duduk orang Rohingya) dan Bengal (Bangladesh hari ini) dekat dari segi geografi dan politik, maka berlaku interaksi budaya.
Selepas tahun 1785, Arakan ditawan oleh Burma (Myanmar) dan kekal berada di bawah Burma selepas Burma merdeka daripada Britain pada tahun 1948, maka Muslim Arakan dipisahkan daripada Muslim Bengal. Muslim Arakan atau Rohingya ini pada asalnya boleh hidup dengan etnik Rakhine yang menganut Buddhisme. Namun dasar British yang membawa masuk buruh Bengali menyebabkan Rakhine rasa terancam.
Malah semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakhine menyokong Jepun dan Rohingya setia dengan British. Maka berlakulah permusuhan dan episod bunuh-membunuh seperti 14 hari pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Melayu.
Rohingya pernah juga menuntut kemerdekaan agar disatukan dengan Bangladesh. Mereka berjuang secara bersenjata di bawah nama Mujahideen (1947-1961), Rohingya Liberation Party (1972-1974), Rohingya Patriotic Front (1974-1982), Rohingya Solidarity Organization (1982-1998), Arakan Rohingya Islamic Front (1986-1998) dan Arakan Rohingya National Organization (1998 sehingga kini).
Dan bukan Rohingya sahaja yang tak mahu berasimilasi, berpuluh-puluh etnik yang lain seperti Karen, Mon, Shan, Kachin dan Wa telah mengangkat senjata menentang dasar asimilasi “Burmanization” yang bermula sejak 1960-an selepas kudeta tahun 1962.
Burmanization
Nama saja Burmanization tapi pemerintah tentera berat sebelah kepada budaya etnik Bamar dan agama Buddhisme. Untuk mengambil hati Rakhine kononnya (salah satu daripada 4 etnik penganut Buddhisme bersama-sama orang Bamar, Shan dan Mon), Jeneral Ne Win memberi taraf autonomi kepada Rakhine tetapi pada masa yang sama tidak mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk Rakhine.
Malah, sejak tahun 1982 Rohingya dilucut kewarganegaraan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan. Rohingya tiba-tiba telah menjadi “stateless people”.
Pendemokrasian Myanmar sejak tahun 2011 juga tidak mengubah nasib Rohingya. Parti yang anti-Rohingya, Rakhine Nationalities Development Party (RNDP) memenangi majoriti kerusi di Rakhine.
Presiden Thein Sein tiada pilihan selain mengambil hati RNDP dengan membuat cadangan agar orang Rohingya ditempatkan semula, satu cadangan yang ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kerana menzalimi hak orang Rohingya sebagai penduduk asal.
Gerakan Penghapusan Etnik
Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.
Ia bermula dengan aktiviti “classification” (identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar).
Kemudian “dehumanization” (969 panggil Rohingya sebagai anjing).
Seterusnya “organization” dan “polarization” (orang Rakhine dihasut dan diberi senjata).
Akhirnya… “extermination” (bantai) dan “denial” (penafian berlakunya pembantaian).
Sejarah Berulang
Apa yang berlaku ke atas Rohingya ini sama seperti apa yang telah berlaku ke atas kaum Muslim Bosnia di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).
Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku.
Keadaan Rohingya kini berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation). Bermula tahun 2016 Rohingya menubuhkan tentera mereka sendiri, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) untuk melindungi mereka. Maka bertambah kukuhlah dakyah 969 bahawa Muslim Rohingya ini golongan terrorist. Lagi senang ler tentera Myanmar dan militia Rakhine menjalankan kerja mereka.
Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan terrorist oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.
Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri?
Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.
Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi.
Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN. Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London.
Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar? Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan? Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?
Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China.
Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.
Krisis Umat Islam Dunia
Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih “vulnerable” dengan kecaman kuasa-kuasa besar. Nak harapkan Bangladesh yang “serumpun” dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya. Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya.
Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah. Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar di Malaysia.
Keadaan hilang kawalan sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan sendiri. Ia menjadi isu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya.
Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika “whitewash” jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan “half-knowledge”.
Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh (Universiti Malaya) yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya. Kalau setakat mengulas dengan emosi dan “half-truth”, atau nak mengaitkan pengalaman “saya dan Rohingya” masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.
Allahu’alam…
Bacaan Lanjut:
— United Nations High Commissioner for Human Rights, “Situation of Human Rights of Rohingya Muslims and other Minorities in Myanmar” (20 Jun 2017)
— United Nations Human Rights Office of the High Commissioner, “Report of OHCHR Mission to Bangladesh: Interviews with Rohingyas Fleeing from Myanmar since 9 October 2016” (3 Februari 2017)
— Azeem Ibrahim, “The Rohingyas: Inside Myanmar’s Hidden Genocide” (2016).
— Human Rights Watch, “All You Can Do is Pray: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State” (2013)
— Su-Ann Oh, “Rohingya or Bengali? Revisiting the Politics of Labelling” (Insitute of Southeast Asian Studies, 2012). - Sumber : zulsegamat via Erabarus

Thein Sein disokong oleh gerakan sami pelampau seperti Ashin Wirathu, pemimpin Gerakan 969 yang menyebarkan sentimen Islamo-fobia. Gerakan 969 inilah tukang penyebaran propaganda bahawa orang Rohingya adalah pendatang Bangladesh dan menghasut orang Rakhine membunuh orang Rohingya.
Sejak itu pembantaian ke atas Rohingya berlaku pada Jun 2012, Mac 2013 dan Oktober 2016 sehingga kini. Semakin ramai yang meninggalkan Rakhine dan semakin banyak tragedi kemanusiaan yang dilaporkan.Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.
Apa yang berlaku ke atas orang Rohingya menepati ciri-ciri “genocide” yang sistematik.
Ia bermula dengan aktiviti “classification” (identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar).
Kemudian “dehumanization” (969 panggil Rohingya sebagai anjing).
Seterusnya “organization” dan “polarization” (orang Rakhine dihasut dan diberi senjata).
Akhirnya… “extermination” (bantai) dan “denial” (penafian berlakunya pembantaian).
Sejarah Berulang
Apa yang berlaku ke atas Rohingya ini sama seperti apa yang telah berlaku ke atas kaum Muslim Bosnia di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).
Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku.
Keadaan Rohingya kini berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation). Bermula tahun 2016 Rohingya menubuhkan tentera mereka sendiri, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) untuk melindungi mereka. Maka bertambah kukuhlah dakyah 969 bahawa Muslim Rohingya ini golongan terrorist. Lagi senang ler tentera Myanmar dan militia Rakhine menjalankan kerja mereka.
Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan terrorist oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.
Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri?
Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.
Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi.
Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN. Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London.
Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar? Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan? Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?
Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China.
Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.
Krisis Umat Islam Dunia
Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih “vulnerable” dengan kecaman kuasa-kuasa besar. Nak harapkan Bangladesh yang “serumpun” dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya. Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya.
Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah. Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar di Malaysia.
Keadaan hilang kawalan sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan sendiri. Ia menjadi isu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya.
Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika “whitewash” jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan “half-knowledge”.
Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh (Universiti Malaya) yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya. Kalau setakat mengulas dengan emosi dan “half-truth”, atau nak mengaitkan pengalaman “saya dan Rohingya” masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.
Allahu’alam…
Bacaan Lanjut:
— United Nations High Commissioner for Human Rights, “Situation of Human Rights of Rohingya Muslims and other Minorities in Myanmar” (20 Jun 2017)
— United Nations Human Rights Office of the High Commissioner, “Report of OHCHR Mission to Bangladesh: Interviews with Rohingyas Fleeing from Myanmar since 9 October 2016” (3 Februari 2017)
— Azeem Ibrahim, “The Rohingyas: Inside Myanmar’s Hidden Genocide” (2016).
— Human Rights Watch, “All You Can Do is Pray: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State” (2013)
— Su-Ann Oh, “Rohingya or Bengali? Revisiting the Politics of Labelling” (Insitute of Southeast Asian Studies, 2012). - Sumber : zulsegamat via Erabarus
apa kira pung negara negara Islam mesti bantu saudara Islam yang lemah
ReplyDeletejnagn takut dengan ancaman dunia kapir
Molek hantar azeez raheem n jamal jamban kesana. Berjuang lwn kapir rakhine sana. Khalil bin hadi jd chef masal nasik arab mandy kambing. Takebeeer.
ReplyDeleteHello to every single one, it's genuinely a fastidious for me to visit this web site, it consists of useful Information.
ReplyDeleteI always emailed this web site post page to
ReplyDeleteall my associates, for the reasopn that if likke to read it
then my contacts will too.
I for all time emailed this webpage post page to all my associates, for
ReplyDeletethe reason that if like to read it after that my contacts will too.