Thursday, September 7, 2017

Apa nak dihairankan, anak Hadi yang bercakap!

Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP
Muhammad Khalil Abdul Hadi    -  6 Sep 2017, 8:39 malam
ULASAN |  Pemuda PAS di seluruh negara kini bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, terutama sebagai jentera utama di semua kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen yang akan ditandingi.

Jentera Pemuda PAS akan bertindak selaku pelincir utama yang ‘supportive’ terhadap tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin.

Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru sekali pun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas demokrasi serta peraturan pilihan raya.

Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan.

Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun Pakatan Harapan (HARAPAN).

Kami melihat PRU14 sebagai medan yang semakin unik dan penuh cabaran, kesan daripada pelbagai perubahan dalam negara, terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah.

Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah dan PAS yakin dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan empat negeri, dengan izin Allah.

Selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN (dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan, salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan.

Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah.

BN gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan kontrak sosial.

Mahu jadi dominan

Kini kerap kali Islam sebagai agama persekutuan; kedaulatan raja-raja Melayu; hak keistimewaan Melayu; bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; tanah rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama lain; dicabar dan diremehkan.

Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara yang berpunca daripada pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri.

Pada ketika sama, pertembungan politik dalam negara menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.

Kesannya wujud sikap melampau yang dilatari dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan fitnah dan ugutan. Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan rakyat.
Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari HARAPAN yang berhubungan dan mengundang entiti asing. Ia merisikokan campur tangan luar yang boleh menjahanamkan negara seperti terjadi pada beberapa negara di Timur Tengah.

Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.

Mutakhir ini api tersebut sering dicetuskan DAP yang menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa PAS.

Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini. Bahkan tindak-tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan dalam HARAPAN, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.

Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam HARAPAN bermakna memberi undi kepada DAP. DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.

Oleh itu, mengalahkan BN dan HARAPAN adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU14 nanti.

Bagi kami, politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan bagi melaksanakan setiap urusan rakyat dan negara dengan naungan paling jujur dan profesional, bukannya peluang atau kesempatan peribadi, kroni mahupun parti.

Inilah kesungguhan yang PAS gagaskan menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera ke arah meletakkan kembali negara pada landasan betul.

Semua ini hanya dapat dilaksanakan dengan meletakkan paksi Malaysia berasaskan pemerintahan Islam yang dipertanggungjawabkan kepada Allah serta adanya perhitungan pahala dan dosa.

Hanya Islam dapat memberi jaminan dan perlindungan hakiki terhadap segala kepentingan, hak, nilai dan usaha. Peranan ini adalah sandaran masa depan yang kini terletak di tangan rakyat untuk menentukannya.

* MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI ialah ketua Pemuda PAS.

10 comments:

  1. walaupun kecerdikan tidak dinilai dpd wajah tetapi wajah ada memberi sedikit sebanyak ciri kebodohan.

    ReplyDelete
  2. Beri kuasa kpd pas, dia akan guna masjid utk serang musuh politik dia. Siaran tv/radio utk pas dan sekutu saja. Siapa bantah akan dicop. Ada beza tak dgn umno? Ada, dia pakai serban dan jubah

    ReplyDelete
  3. Islam dimulut ja tp praktikal ke laut buang masa PAS ni. Org yg tak ada pemikiran kritis ja yg tertipu dgn lebai2 mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Bercakap macam la org2 bawahan tu mkn gaji dgn parti PAS, walhal bila calun menang jd YB, Lupa habis jasa2 mereka, mmg parti PAS ni teruk la, bkn minta sedekah duit dr ahli dan org ramai shj, tapi tenaga kerja dan masa pun PAS minta org ramai2 sedekahkan kpd calun parti pas, bila menang duit elaun wakil rakyat dia sapu mkn sorg sj

    ReplyDelete
  5. Bila buka mulut,Dap.Bila buka mata, Dap. Bila dapat copong, Dap. Reporter tanya, jawab Dap. Bimbang juga, bila sendawa...nya sebut Dap. Malang sungguh retorik Pak lebai. Entah kenapa Dap begitu sebati dengan mulut lebai. Hari-hari pemimpin Pas ratib Dap. Sama macam UMNO. Eh...PAS dengan UMNO kan tak jauh. Kikiki...

    ReplyDelete
  6. Lebai pas buka mulut ratib dap pan dap pan. Lain tadak. Pas dah jd parti anak beranak. Hadi presideng. Khalil ketua pemuda. Hari hari bole bincang. Khalil anak butir tahik hadi. Tu dia. Kalo bapak hujah kelaut. Apo nak diharap pd anak manja abah. Aduh geli aku dgn politik pas. Huhu

    ReplyDelete
  7. Lebai pas buka mulut ratib dap pan dap pan. Lain tadak. Pas dah jd parti anak beranak. Hadi presideng. Khalil ketua pemuda. Hari hari bole bincang. Khalil anak butir tahik hadi. Tu dia. Kalo bapak hujah kelaut. Apo nak diharap pd anak manja abah. Aduh geli aku dgn politik pas. Huhu

    ReplyDelete
  8. Nk wat guane. Itu je IQ khalil. Hadi pon mb tganu sepenggal. Why rakyat reject. Padahal derih jusoh bukan hebat mano. Silo jawab walaun pas. Kikiki

    ReplyDelete
  9. Satu undi untuk pas pis pus bermakna satu undi utk umno

    ReplyDelete
  10. Hai walaun pas. Jawablah hujah hujah diatas. Mana kamu pi. Sorok muka? Cam unta. Kepala dlm pasir. Bontot kena panas matahari. Bontot boleh terbakar. Hehehe. Tulisan khalil semua kelaut. Bilo pulo pas berjuang utk melayu. Dulu asri bawa melayu islam hadi marah konon tk ikut quran. Loni hadi terkena terpijak taik umno. Hehe

    ReplyDelete