Thursday, September 7, 2017

Gaduh di Tamil Malar: Kenyataan ini jelaskan siapa pencetusnya

Tamil Malar dakwa pergaduhan jadi lepas Saravanan tiba
Annabelle Lee    -  6 Sep 2017, 10:07 malam
Penasihat undang-undang Tamil Malar, K Saraswathy, mendakwa kekecohan di luar bangunan pejabat akhbar itu di Kala Lumpur semalam tercetus selepas Datuk M Saravanan tiba.

Kenyataan itu bertentangan dengan dakwaan timbalan menteri belia dan sukan terbabit yang berkata, pergaduhan itu berlaku sebelum beliau tiba di kawasan berkenaan.
Malah Saravanan menegaskan beliau yang meminta orang ramai di luar bangunan terbabit bersurai.

Untuk menyokong kenyataannya Saraswathy menunjukkan rakaman kamera litar tertutup di bangunan berkenaan. Bagaimanapun wajah Saravanan tidak kelihatan dalam rakaman berkenaan.

"Seperti yang kamu nampak, hanya ada seorang pengawal keselamatan di pintu menuju pejabat. Saya berdiri di sebelahnya bersama dengan (pemilik Tamil Malar) Oms Thiagarajan apabila Saravanan sampai kira-kira jam 11.55 pagi.

“Oms bercakap kepada beliau. Saya tanya dia (Saravanan) mengapa bawa semua orang itu ke premis kami tetapi dia menjadi biadab pada saya," katanya ketika ditemui petang tadi.

Berdasarkan rakaman itu Saraswathy mendakwa pergaduhan tercetus pada jam 11.57 pagi apabila seorang lelaki menterbalikkan meja dan kerusi pengawal keselamatan.
"Saya syak itu adalah isyarat (supaya mula bergaduh). Saravanan cuma berdiri di situ ketika pergaduhan berlaku.

"Kemudian pada jam 11.59 pembantu yang juga pemandu Saravanan merampas telefon saya dan mencampakkannya ke atas lantai," dakwanya.

Saksi mendakwa ada sehingga 80 lelaki - sesetengahnya berpakaian baju bertulis “MIC Taskforce” terbabit dalam pergaduhan itu.

Oms ditumbuk dan bajunya koyak didakwa selepas bertengkar dengan Saravanan, manakala jurugambar S Shanmugam ditampar di mukanya.

Saravanan yang juga Ketua MIC Wilayah Persekutuan menegaskan beliau tidak bertanggungjawab dalam kekecohan itu dan hadir untuk meleraikan pergaduhan.

"Rakaman video itu sangat jelas. Saya tak ada dekat dengan pergaduhan itu pun. Saya minta mereka bersurai.

"Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis, jadi biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.

"Saya sudah pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan apa yang berlaku," katanya.

1 comment:

  1. Ni keling saravanan baik mampuih jer. Dia serbu pejabat org. Dia kata tk terlibat. Nampok jelas auta keling.

    ReplyDelete