Saturday, February 18, 2017

Tragedi basikal: “Mereka yang maut adalah generasi remaja bermasalah"?

Tragedi basikal: Sedih tapi tak tragik, kata Nur Jazlan

 | February 18, 2017
Sebagai ahli Parlimen di kawasan kemalangan, beliau ucap takziah tetapi menggesa “generasi remaja bermasalah” dikenakan perintah berkurung supaya tidak melepak di jalanan pada waktu tengah malam.
PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurung bagi mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan Johor Bahru pada waktu malam, susulan kemalangan maut mengorbankan 8 remaja lelaki maut di negeri itu.
Awal hari ini, dilaporkan sebuah kereta merempuh sekumpulan 16 remaja yang sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, dengan 6 mangsa maut di tempat kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah.
Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai dan timbalan menteri dalam negeri berkata kemalangan itu “menyedihkan tetapi tidak tragik”.
“Sebagai ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan berkata remaja seperti itu tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu, untuk berlumba.
Katanya, perlumbaan seperti itu berlaku sejak lebih 10 tahun lalu dan polis mengambil tindakan secara berkala.
“Tetapi ia membazir sumber penguat kuasa polis untuk menangani budak-budak ini.
“Mereka yang maut adalah generasi remaja bermasalah yang mengancam kenderaan di jalanan terutama pada waktu malam,” katanya.
Sehubungan itu, katanya pelaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam.
Nur Jazlan berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mengetahui di mana anak masing-masing berada dan tidak membenarkan mereka berada di luar, sedangkan pada waktu seperti itu, mereka sepatutnya tidur di rumah.
Awal hari ini, polis berkata semua mangsa ialah sebahagian daripada sekumpulan 30 hingga 40 remaja, berumur antara 13 dan 17 tahun, yang keluar berbasikal.
Dipercayai remaja terbabit menghalang beberapa jalan sebelum dirempuh kereta berkenaan di Jalan Lingkaran Dalam.
Polis berkata pemandu kereta berusia 22 tahun yang merempuh remaja terbabit, tidak berada dalam keadaan mabuk atau memandu laju.

4 comments:

  1. itu bab remaja yang belum cukup akai lagi tapi lagi masaalah besar negara yang dah cukup akai ada jawatan pangkat tapi suka buat rasuah. ni lagi banyak cilakaaaa
    ada paham ka?????

    ReplyDelete
  2. .

    Apa punya ahli parlimen boleh kata 'remaja bermasalah'

    Kau yang bermasalah !

    Adakah ketika mula berkumpul jumlah 'remaja bermasalah' terus begitu ramai?

    Ya Ibu Bapa memang bertanggungjawab dan remaja tersebut memang bersalah. Tetapi sebagai wakil parlimen apa program untuk mendekati mereka?

    Kamu adalah ahli parlimen, jika bermasalah ianya juga sebahagian masalah kamu.

    Dan percaya lah bukan semua remaja tersebut yang bermasalah !

    ReplyDelete
  3. Memang sepatutnya ibu bapa boleh dipersalahkan kerana gagal memantau aktiviti luar rumah anak-anak mereka. Tetapi jika anak-anak itu spesis degil, apakah yang ibu bapa boleh lakukan? Nak dihukum guna rotan atau lain-lain hukuman, itu menteri bangang UMNO/BN jugalah yang akan mengambil tindakan terhadap ibu bapa kerana mendera! Porrah UMNO/BN, kuasa ibu bapa sudah kamu bonzaikan...akai ada ka???

    ReplyDelete
  4. salah mak bapak jugalah, apasal aku masa remaja boleh duduk rumah start 9 malam sampai pagi esok baru keluar!, apa faedah duduk luar time tu, lain kalau bekerja, lepas SRP kerja kilang shif pun balik pukul 11 malam atau 12, ini 3.30 pagi? ditegur polis, polis dimarahi balik, salah budak tu pulak ke? elok hantar pusat pemulihan akhlak atau juvana.

    ReplyDelete