Abang tiri Kim Jong Un maut diracun wanita di KLIA (VIDEO)
Tuesday February 14, 2017
10:13 PM GMT+8
Abang tiri Kim Jong-un, Kim Jong-nam maut ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau, China di KLIA, pagi 13 Februari 2017. -- Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI — Abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong-un mati dipercayai diracuni seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.
Kim Jong-nam ketika kejadian kira-kira pukul 8 pagi sedang menunggu penerbangan ke Macau, China di balai berlepas KLIA selepas berada di Malaysia sejak 6 Februari lalu, lapor Berita Harian.
Ketua Polis Selangor berkata seorang wanita kemudian menghampiri mangsa dan menyerkup kepala Jong-nam dengan kain yang mengandungi cecair sebelum melarikan diri.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, kita dapati seorang wanita yang mempunyai mirip wajah orang Korea mendekati mangsa sebelum menyerkup kepalanya secara tiba-tiba,” kata Datuk Abdul Samah Mat dilapor portal itu.
“Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas CCTV berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar suspek sebelum tindakan lanjut dilakukan.” Jong-nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.
Stesen televisyen Korea Selatan, Chosun TV melaporkan mangsa diracun oleh dua wanita di KLIA, dipercayai anggota penguatkuasa Korea Utara, lapor Reuters.
Pada tahun 2011, Jong-nam pernah ditahan di lapangan terbang Jepun kerana menggunakan pasport palsu atas alasan mahu melawat taman hiburan Disneyland Tokyo. - sumber
Tuesday February 14, 2017
10:13 PM GMT+8
Abang tiri Kim Jong-un, Kim Jong-nam maut ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau, China di KLIA, pagi 13 Februari 2017. -- Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI — Abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong-un mati dipercayai diracuni seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.
Kim Jong-nam ketika kejadian kira-kira pukul 8 pagi sedang menunggu penerbangan ke Macau, China di balai berlepas KLIA selepas berada di Malaysia sejak 6 Februari lalu, lapor Berita Harian.
Ketua Polis Selangor berkata seorang wanita kemudian menghampiri mangsa dan menyerkup kepala Jong-nam dengan kain yang mengandungi cecair sebelum melarikan diri.
“Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas CCTV berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar suspek sebelum tindakan lanjut dilakukan.” Jong-nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.
Stesen televisyen Korea Selatan, Chosun TV melaporkan mangsa diracun oleh dua wanita di KLIA, dipercayai anggota penguatkuasa Korea Utara, lapor Reuters.
No comments:
Post a Comment