LAMAN SOSIAL LUAR DAKWA PENYEDIAAN MAKANAN KOTOR PUNCA KEMATIAN KIM CHOL
SUNGAI MANIK – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memandang serius dakwaan sebuah laman sosial luar bahawa punca kematian seorang lelaki Korea Utara bernama Kim Chol adalah disebabkan penyediaan makanan di negara ini yang kotor.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan berkenaan tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan Malaysia dan siasatan segera perlu dilakukan.
“Saya meminta pegawai kementerian untuk melakukan siasatan dengan kadar segera bagi memastikan dakwaan portal berkenaan benar atau tidak kerana tidak mahu nama baik negara terjejas.
“Walaupun ia berita daripada media sosial dan boleh jadi sebuah khabar angin, kita tetap tidak boleh berdiam diri dalam hal ini dan siasatan segera perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di Chenderong Balai, hari ini.
Tambahnya, pihaknya juga tidak mahu berita atau dakwaan seumpama itu memberi gambaran buruk kepada dunia bahawa makanan di negara ini tidak selamat untuk dimakan.
Menurut Tajuddin, MOA sentiasa memberi penekanan pentingnya kebersihan serta makanan yang selamat dalam sesuatu hidangan supaya ia bebas dari segala penyakit.
“Tidak pernah ada toleransi daripada MOA dalam aspek keselamatan makanan di negara ini dan saya percaya Jabatan Pertanian ataupun pihak agensi yang lain bertanggungjawab dan ambil berat dalam hal Keselamatan dan Kualiti Makanan, maknanya bebas dari penyakit dan sebagainya,” katanya lapor Sinar Harian.
Terdahulu sebuah akaun twitter bernama perkhidmatan berita Republik Korea Utara (@DPRK_news) memuat naik status menyalahkan masalah kekotoran dalam penyediaan makanan di Malaysia menjadi penyebab abang tiri pemerintah tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Jong-nam maut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
@DPRK_News turut mendakawa Jong-nam mati disebabkan masalah penghadaman dengan menuduh Malaysia mengamalkan corak kehidupan dan pemakanan yang kotor.
Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari KLIA2 setelah mengadu kurang sihat.
Media asing melaporkan Kim Chol sebenarnya ialah Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara itu. - sumber
* Tambah curiga bila isu ini dibangkitkan oleh media sosial dari Korea Utara itu sendiri?
Berapa ramaikah sebelum ini pelancong yang mati keracunan makanan di negara ini?

No comments:
Post a Comment