Tuesday, February 14, 2017

Kerana 4 orang yang guna, Lim Kit Siang mohon maaf

Saya mohon maaf pada rakyat Melaka” – Lim Kit Siang
Pada 14 Februari 2017
MELAKA, 14 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini memohon maaf kepada rakyat Melaka berikutan penarikan diri seorang anggota Parlimen dan tiga Adun negeri itu daripada parti pada dua hari lepas.

Bagi Kit Siang yang kini Ahli Parlimen Gelang Patah, negeri yang penuh bersejarah itu amat istimewa bagi dirinya kerana di sinilah bermulanya kerjaya politik beliau sebagai anggota Parlimen di kawasan Bandar Melaka pada tahun 1969.

“Saya telah berkhidmat sebagai anggota Parlimen bagi kerusi Bandar Melaka, yang kemudiannya dinamakan sebagai Kota Melaka, pada 1969, 1974, dan 1982.

“Walaupun saya telah meninggalkan Melaka untuk 31 tahun, Melaka istimewa dalam perjuangan politik selama 51 tahun saya untuk menjadikan Malaysia lebih adil, saksama, demokratik, makmur dan bersatu padu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut Kit Siang, DAP yang berjuang selama 51 tahun sehingga kini tetap berpegang kepada prinsip bahawa kepelbagaian kaum, bahasa, budaya dan agama adalah aset terpenting negara meskipun ada pihak menganggap ia sebagai barah.

“Malaysia hanya akan boleh mencipta masa depan dan peradaban negara yang hebat sekiranya semua kaum, agama, bahasa dan budaya sepenuhnya terlibat dan menyumbang kepada visi Malaysia,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, rakyat Melaka dirayu supaya terus menyatakan sokongan terhadap perjuangan DAP bagi membentuk sebuah negara yang makmur dan bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama.

“Dan penting ketika ini adalah misi untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus digelar sebagai kleptokrasi global dan negara gagal,” tambahnya.

Empat wakil rakyat DAP di Melaka pada Sabtu lepas bertindak keluar parti kerana menuduh kononnya DAP telah tersasar dari matlamat perjuangan asalnya.

Mereka terdiri dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Adun Duyong, Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong serta Adun Kesidang, Chin Choong Seong.- Roketkini

1 comment:

  1. bila mai bab hukum Islam lks nampak ko
    tapi bab nak cari keadilan dunia bersemangat
    sekali.
    gagal memahami ajaran Islam atau senagja nak halang berselindung disebalik kitab lodrid
    itu 4 orang sama jugak perangai amano

    ReplyDelete