Saturday, February 25, 2017

Audi Q7: Komen Hanipa Maidin

ANTARA HAK DAN KESEDARHANAAN.

Oleh: YB Mohamed Hanipa Maidin
Fb page: Peguam PAS - Dulu

1. Pada mulanya saya malas nak komen isu pemberian hadiah kereta mewah Audi Q7 oleh seorang pimpinan dalam Dewan Ulama Pas Pusat kepada isteri beliau.

2. Namun bila saya membaca alasan beliau memberikan hadiah ( spt dalam Malaysiakini ) itu kerana katanya itu hak beliau dan tidak perlu dipersoalkaan, maka saya rasa terpanggil untuk memberi komen sikit.

3. Bila digunakan alasan hak, saya teringat perbahasan panjang mengenai isu  justice (adil) dan mercy (rahmat) dalam Islam.

4. Dalam sistem jenayah islam khususnya dalam jenayah pembunuhan (qatl al 'amd atau homicide ) ada tiga bentuk hukuman yang Islam tetapkan iaitu hukuman qisas (bunuh balas) diyah (blood money) atau kemaafan dari waris mangsa . Jika islam hanya bercakap isu justice sahaja , sewajarnya hukuman ke atas orang yang membunuh itu hanya satu iaitu bunuh balas. Apabila Islam juga mengiktiraf hukum maaf dari waris ini menunjukkan isu compassion atau mercy (rahmah) juga diambil kira.

5. Dalam konteks isu pemberian audi Q7 , saya rasa isunya bukan isu hak. Jika kata bercakap tentang hak, semasa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di puncak kuasa , banyak elaun yang beliau berhak dan layak terima dia x ambil. Contohnya hak duduk di rumah Kerajaan dan hak untuk elaun bersolek isteri. Tok guru tak ambil bukan kerana dia tak ada hak tetapi kerana sifat kesederhanaannya. Itu yang orang ramai tertarik dgn Almarhum Tok Guru dan Pas. Saya masih ingat almarhum Tok Guru kata "isteri ambo cukup pakai bedak sejuk je".

6. Para agamawan dihormati antaranya kerana sifat kesederhanaan mereka walaupun mereka mampu atau berhak memiliki apa yang mereka hendak dan ini terpakai tanpa mengira agamawan sunni atau agamawan syiah sekalipun.

7. Masa saya pergi Iran satu ketika dulu, saya naik teksi yang dipandu driver bermazhab sunni tapi dia amat hormat kepada almarhum Ayatullah Khomeini antaranya kerana kehidupannya yang amat sederhana walaupun ketika dipuncak kuasa.

8. Saya sempat menziarahi rumah kediaman Ayatullah di Iran yang beliau sewa dari Kerajaan Iran walaupun ketika itu beliau sedang di puncak kuasa. Rumahnya amat sederhana.Bila saya lihat ruang dalam rumah lagi lagi amat sederhana - macam rumah orang miskin sahaja. Patutlah driver sunni tu pun respect gila kata Ayatullah.

5 comments:

  1. Mana nak sama orang kerja kuat beli harta nya , dengan orang beli harta dengan wang mudah....

    Islam dan Alamak tak sama

    Yang ada hanya lah Alamak Dedak

    Tanpa Karung , tak ada lah Q7 tuh

    Bukan bebende baru pun

    Alamak tuh Melayu macam jita juta lain yang lahap Dedak

    ReplyDelete
  2. Silapnya sang Isteri publish cerita ini dengan public dalam FB.. Alangkah baik kalau diam saja. Dalam FB ada bermacam jenis manusia.
    Lagipun sang somi yang dipuji-puji adalah orang politik, politik parti agama pulak tu.
    Lepas tu kena jawab public dengan nada angkuh dan sombong...dan dia lupa yang dibawanya adalah parti yang atas nama Islam, dia bukan ahli dan penyokong PAS seperti orang lain..dia Ketua Penerangan dalam parti.. Kalau setakat PKR, UMNO MCA dan parti biasa..itu tidak menghairankan.
    Inilah silapnya apabila nak post kat FB...kena cermin diri dulu..

    ReplyDelete
  3. Bezanya ahli amanah dgn pas umpama langit dan bumi..
    Dari segi intelektual,hujah,penampilan.
    Mana ada sekor pun ahli pas yg reti berhujah melainkan mahfuz pokok sena

    ReplyDelete
  4. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu kisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.

    Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.

    Dalam sistem jenayah islam khususnya dalam jenayah pembunuhan (qatl al 'amd atau homicide ) ada tiga bentuk hukuman yang Islam tetapkan iaitu hukuman qisas (bunuh balas) diyah (blood money) atau kemaafan dari waris mangsa . Jika islam hanya bercakap isu justice sahaja , sewajarnya hukuman ke atas orang yang membunuh itu hanya satu iaitu bunuh balas. Apabila Islam juga mengiktiraf hukum maaf dari waris ini menunjukkan isu compassion atau mercy (rahmah) juga diambil kira.

    apa masalah denagn hukum ini takda masalah pung yang masaalah orang nak pertikai nak tunjuk pandai dari Allah.
    terpulang pada waris mangsa bunuh nak pilih yang mana suka sebab Allah dah tetapkan macam tu
    tugas mahkamah jalankan perbicaraan saja keputusan muktamad dari pihak waris mangsa
    mana adil denagn hukum yang manusia reka lani
    yang diguna pakai
    mati katak saja satu seng pung tak dapat
    akai ada ka??? hai orang-orang yang berakal

    ReplyDelete
  5. hanipah maidin....jadi mp sepang kerana undi umno pecah....hahahahahahaha..pelik.. seorang peguam nak bezakan hak dan kesederhanaan...dok cerita panjang lebar pasal perundangan Islam dan hak... padahal...mudah sahaja... isunya ramai panas bontot pabila seorang ahli pas hadiahkan kereta kat isteri...ye la..audi...kalau kereta myvi agak2 bini dia pun tk nk cerita kat fb kan...

    hak hak hak..bagaiamana pula hak kebebaasan memperoleh harta di bawah federal constitution..u all wanna be constitution champions arent you?? so whats the matter with this lebai pas buying an audi...hahahhaaha...

    nak cerita pasal ksederhanaan....sederhana apa...lelaki pun boleh2 nk bini cantik body cantik...perempuan pun boleh2 nak bersuami berduit...sederhana pun kerana menerima qada dan qadar NYA...tol tak wak din??? hahahaha

    ReplyDelete