Mati dalam tahanan: Lebih 10 anggota, pegawai polis disiasat
Ketua Polis Daerah Klang Utara menunggu hasil bedah siasat
S Balamurugan yang dijangka keluar minggu depan.
S Balamurugan yang dijangka keluar minggu depan.
KLANG: Lebih 10 anggota serta pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang disiasat berhubung insiden seorang lelaki yang dilaporkan mati ketika dalam tahanan polis pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini, tiada anggota atau pegawainya digantung tugas susulan kejadian itu kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau juga berkata dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat lebam dan cedera pada tubuh mangsa iaitu S Balamurugan, 44, tidak sepatutnya timbul selagi laporan bedah siasat tidak dikeluarkan pihak hospital.
“Kita tunggu sahaja apa hasil bedah siasat yang dijangka keluar minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai di sini hari ini.
Semalam, keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kematian Balamurugan dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan untuk mengenal pasti punca kematiannya.
Dalam pada itu, Mah menggesa semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan awal mengenai punca kematian mangsa yang dilaporkan ditahan pada Isnin lalu bagi siasatan kes jenayah.
Katanya Suhakam sedang mengumpul maklumat daripada anggota dan pegawai polis berkenaan untuk mengenal pasti sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kematian Balamurugan.
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.
ReplyDeletebaca ayat perintah Allah ni selalu kat balai polis untuk polis polis biar depa ada rasa ingat sikit dalam tugas jangan main nak sapu saja.
pasukan yang terlibat dalam soalsiasat tahanan ni mesti disiasat habeh