Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Februari 15, 2017 21:18 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya menyelaraskan sebarang kenyataan kepada media apabila berlaku krisis melibatkan hubungan dua hala atau perhatian dunia.
Mengulas pengurusan krisis pasca pembunuhan Kim Jong Nam, penganalisis politik, Prof Dr Shahruddin Badaruddin berkata sepatutnya hanya satu kementerian sahaja yang menyelaras sebarang kenyataan media.
BACA: Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dibunuh di Malaysia
BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
"Selalunya dalam mana-mana hubungan dua hala atau antara dengan negara yang lain, jika berlaku sesuatu perkara yang besar, sudah pasti ia diuruskan oleh satu pihak.
"Contoh dalam mana-mana sidang akhbar yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, ia datang dari jurucakap Rumah Putih dan begitu juga dengan negara lain.
"Dalam konteks di Malaysia dan kes ini (pembunuhan Kim Jong Nam), ia mesti diputuskan oleh Kementerian Luar atau Jabatan Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Mayat lelaki dipercayai Kim Jong Nam dibawa ke HKL untuk dibedah siasat
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis tahan suspek pertama warga Vietnam - KPN
Tambahnya lagi, setiap kenyataan yang dikeluarkan mestilah tepat serta mendapat persetujuan pihak yang terlibat seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Jelasnya, jika pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, ia akan memberi imej yang buruk kepada negara dalam menangani krisis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan media yang mengelirukan pembaca susulan pembunuhan Kim Jong Nam.
Kaitan: Seorang lagi suspek wanita ditahan terkait kematian Kim Chol - KPN Khalid
Mengulas pengurusan krisis pasca pembunuhan Kim Jong Nam, penganalisis politik, Prof Dr Shahruddin Badaruddin berkata sepatutnya hanya satu kementerian sahaja yang menyelaras sebarang kenyataan media.
BACA: Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dibunuh di Malaysia
BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
"Selalunya dalam mana-mana hubungan dua hala atau antara dengan negara yang lain, jika berlaku sesuatu perkara yang besar, sudah pasti ia diuruskan oleh satu pihak.
"Contoh dalam mana-mana sidang akhbar yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, ia datang dari jurucakap Rumah Putih dan begitu juga dengan negara lain.
"Dalam konteks di Malaysia dan kes ini (pembunuhan Kim Jong Nam), ia mesti diputuskan oleh Kementerian Luar atau Jabatan Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis tahan suspek pertama warga Vietnam - KPN
Tambahnya lagi, setiap kenyataan yang dikeluarkan mestilah tepat serta mendapat persetujuan pihak yang terlibat seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan media yang mengelirukan pembaca susulan pembunuhan Kim Jong Nam.
Kaitan: Seorang lagi suspek wanita ditahan terkait kematian Kim Chol - KPN Khalid
No comments:
Post a Comment