Kenyataan Media
PEMUDA PAS DIMINTA SEMAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN CERAMAH
1. Kecaman Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari bahawa Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah yang diadakan di Kota Bharu pada 20 Februari 2017 adalah tidak berasas kerana permintaan beliau untuk berucap adalah selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan setelah beliau dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.
2. Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh PAS.
3. Alasan Ahmad Fadhli bahawa Datuk Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan (notification) diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori.
4. Pemberitahuan di bawah seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik. Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon sepertimana dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini.
5. Oleh demikian, Pemuda PAS diminta untuk menyemak dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam PAS sebelum memberikan alasan yang bercanggahan dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk justifikasikan tindakan mereka tidak membenarkan Datuk Husam berucap.
FAIZ FADZIL
PEGUAM (AJK KANUN)/TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
21 FEBRUARI 2017 / 24 Jamadil Akhir 1438

Kalau dia paham undang-undang takkan puak-puak ni nak pertikai bila orang cakap bawa kanak-kanak, bayi ke perhimpunan aman adalah salah...
ReplyDelete