Benarkah DAP sudah gadai prinsip?
Pada 6 Februari 2017
oleh Wan Hamidi Hamid
Sebagai parti ideologi sosial demokrasi, DAP berteraskan kebebasan, keadilan dan solidariti. Memang dari segi amalan, tiada parti atau pertubuhan yang sempurna.
Namun masih ada orang, termasuk di dalam DAP sendiri, yang masih keliru dengan asas, prinsip dan perjuangan parti. Ada yang menyangka DAP telah tersasar, dan sanggup menuduh pimpinan parti terlalu menjaga hati orang Melayu dengan tunduk kepada “hegemoni Islam”, dan takut dengan “Ketuanan Melayu”.
Sehinggakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam kancah negara gagal, telah dikecam oleh banyak pihak, termasuk penyokong-penyokong DAP sendiri. Ketua Parlimen DAP itu telah dituduh sudah hilang pendirian dan lupa dengan perjuangan parti.
Mereka yang mengecam Kit Siang menuduhnya meninggalkan perjuangan DAP yang selama ini dikatakan mempertahankan hak kaum Cina. Beliau dituduh mengamalkan “political correctness” (kepatuhan kepada amalan politik semasa) semata-mata kerana mahu mendekatkan diri dengan orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di Malaysia.
Apabila Kit Siang mencadangkan usaha bekerjasama dengan semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan para pemimpin Barisan Nasional, demi menyelamatkan Malaysia yang semakin parah dilanda krisis keyakinan, kemelut kepimpinan dan kegawatan kemelut ekonomi, tokoh veteran DAP itu dituduh tidak ikhlas dan hanya ghairah mahu memenangi undi Melayu. Ada juga pengkritiknya yang menuduh DAP tidak lagi berpegang kepada prinsip Malaysia milik rakyat Malaysia atau Malaysian Malaysia.
“Sesiapa yang lupa sejarah akan menerima musibah mengulanginya semula”, kata ahli falsafah George Santayana. Apabila ego dan kesombongan serta keangkuhan “prinsip” dijadikan alasan untuk menyalahkan orang lain atau enggan bekerjasama demi kebaikan rakyat dan negara, ia mendedahkan kejahilan kita yang mungkin keliru tentang perbezaan di antara prinsip dan strategi/taktik.
Apa pengajaran sejarah Jerman?
Negara Jerman pada awal tahun 1930-an yang telah melahirkan seorang pemimpin zalim dan sebuah parti serta ideologi yang meragut jutaan nyawa dalam Perang Dunia Kedua. Adolf Hitler dan parti Nazi yang bukan sekadar membunuh dengan kejam enam juta orang Yahudi tetapi juga mengorbankan berjuta-juta umat lain semata-mata mereka dianggap tidak berhak untuk hidup. Antaranya adalah bangsa Gipsi, golongan paderi, orang cacat, golongan LGBT, pemimpin kesatuan sekerja, golongan sosialis, komunis dan sosial demokrat.
Dalam pilihanraya 1928, parti Nazi hanya menang 2.8% undi berbanding Parti Sosial Demokrat 29.8% dan Parti Komunis 10.6%. Yang menjadi masalahnya, Sosial Demokrat dan Komunis enggan bekerjasama, malah menganggap masing-masing sebagai musuh utama. Lebih dari itu, pada mulanya, kedua-dua parti itu menganggap Hitler dan Nazi sebagai bodoh serta gila publisiti, dan hanya kumpulan rasis yang angan-angan kuasa. Kedua-dua parti progresif itu yakin golongan kelas pertengahan dan kaum pekerja tidak akan terpengaruh dengan retorik perkauman Hitler.
Namun, kerana terlalu benci antara satu sama lain, mereka tidak sedar bahawa masalah ekonomi Jerman menyebabkan hujah-hujah perkauman Hitler yang menyalahkan kaum Yahudi serta kaum-kaum bukan keturunan Arya sebagai punca kemelut kehidupan rakyat Jerman, mula menarik perhatian rakyat majoriti negara itu. Sedangkan ramai kaum Yahudi merupakan sebahagian daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan Jerman.
Apabila berlaku krisis politik Jerman, satu lagi pilihanraya diadakan pada 1930 di mana Nazi mencatat keputusan mengejutkan, iaitu meningkatkan sokongan daripada 2.8% kepada 18.3%, malah menarik sokongan undi daripada Sosial Demokrat, manakala Komunis bertambah menjadi 13.1%. Pada saat itu, jika Sosial Demokrat dan Komunis bergabung, undi yang mereka kongsi adalah lebih kukuh, iaitu 37.6%.
Apabila krisis politik berterusan, dua lagi pilihanraya diadakan pada 1932, tetapi Sosial Demokrat dan Komunis tetap saling membenci, menyebabkan rakyat kecewa dan beralih kepada Nazi yang mencatatkan lebih 33% undi. Pada saat itu terbukti rakyat Jerman yang sudah termakan dengan dakyah Nazi. Selepas itu dengan kuasa yang ada, Hitler dan Nazi bebas menahan semua penentang rejim serta kaum-kaum dan golongan-golongan yang dibenci mereka tanpa bicara, malah disiksa.
Bayangkan jika Sosial Demokrat dan Komunis bersatu bersama dengan kaum dan golongan yang ditekan pada awal 1930, mungkin Hitler dan Nazi hanya sekadar menjadi catatan nota kaki dalam buku-buku sejarah hari ini, dan mungkin tiada Perang Dunia Kedua serta kesan-kesannya selepas itu.
Apabila kita tidak bersatu untuk menentang musuh yang lebih besar dan lebih berbahaya, maka padahnya menanti kita semua. Negara akan diperintah dengan rejim yang lebih kejam dan zalim. Kita semua – kecuali golongan berada antara kita yang mampu lari ke luar negara – akan menderita dengan lebih teruk lagi.
Apa ertinya semua ini dalam konteks Malaysia?
Jika DAP menganggap dirinya hebat serta menolak kerjasama dengan parti-parti berbeza ideologi demi menyelamatkan Malaysia, DAP akan ditolak oleh rakyat. Bukan setakat orang Melayu sahaja, malah kaum-kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan lain yang sederhana serta pragmatik akan menolak DAP kerana dianggap tidak berpijak di bumi yang nyata.
Sokongan majoriti kaum Cina kepada DAP dalam pilihanraya umum 2008 dan 2013 bukan kerana mereka menganggap DAP adalah parti Cina; sebaliknya mereka berbuat demikian kerana yakin rakyat Malaysia bersedia untuk mengubah kerajaan. Jika kaum Cina menganggap DAP parti Cina mengapa mereka tidak peduli sangat dengan DAP sebelum ini? Malah di antara 1966 dan 2004, sokongan mereka kepada DAP seolah-olah bermusim. Jika DAP parti kaum Cina, mengapa orang Cina sebelum ini lebih yakin dengan MCA dan Gerakan, malah PPP juga? Mengapa pengundi Cina di Sabah dan Sarawak masih memilih parti-parti komponen BN?
Tanpa solidariti – satu daripada asas sosial demokrasi – ia akan hanya mencampakkan DAP ke sudut politik kaum minoriti. DAP akan hanya terus bersaing dengan MCA sahaja untuk merebut 30% undi, iaitu keseluruhan undi kaum Cina di Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan UMNO-BN yang semakin kotor politiknya telah mengurangkan kerusi-kerusi majoriti pengundi Cina melalui persempadanan semula. Cara untuk melawannya ialah mengubah kerajaan. Ia hanya dapat dicapai apabila DAP bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membawa perubahan. Inilah demokrasi pelbagai parti.
Jika kempen menyelamatkan Malaysia seperti yang diusahakan oleh Kit Siang melalui kerjasama semua pihak dianggap sebagai pengkhianatan prinsip, maka DAP bakal tersingkir ke alam politik serpihan. Pada saat itu DAP akan hanya menang sorak kampung tergadai. Jika ahli dan pemimpin DAP benar-benar yakin dengan hak saksama, maka mereka perlu keluar daripada tempurung “mangsa” atau “minoriti”. Mereka adalah warga saksama atau equal citizen. Mengapa perlu kembali kepada garisan pemisah mengikut kaum atau agama? Hak saksama bukan sekadar kaum; ia merangkumi kesaksamaan gender, hak negeri, peluang dan pelbagai lagi.
Lebih 50 tahun Kit Siang berjuang. Beliau dikutuk, diancam, dihina, difitnah dan disumbat ke dalam tahanan tanpa bicara sebanyak dua kali oleh pemerintah yang zalim. Sedikit pun semangatnya tidak luntur. Semoga mereka – terutama yang muda – tidak sewenang-wenangnya memuntahkan kata-kata kesat terhadap pemimpin besar ini.
Di bawah pemerintahan UMNO-BN memang wujud jurang yang semakin luas antara kaum dan agama, malah antara wilayah. DAP tetap berjuang menentang hegemoni politik ini. Namun jalan penyelesaiannya bukan untuk kembali ke tempurung kaum masing-masing seperti yang berlaku sejak sebelum Merdeka. Solidariti adalah satu jalan keluarnya.
Tanpa solidariti, mana-mana rejim mudah menghancurkan perjuangan rakyat. Kata-kata ahli agama Kristian Jerman, Martin Niemöller, sewaktu mengenang tragedi pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi atau Holocaust yang dilakukan oleh rejim Nazi, mengingatkan kita agar tidak terlalu mementingkan diri.
“Mula-mula mereka (Nazi) datang menangkap komunis, aku diam sahaja kerana aku bukan komunis;
Kemudian mereka datang menangkap pemimpin pekerja, aku diam sahaja kerana aku bukan pemimpin pekerja;
Kemudian mereka datang menangkap sosialis, aku diam sahaja kerana aku bukan sosialis;
Kemudian mereka datang menangkap Yahudi, aku diam sahaja kerana aku bukan Yahudi;
Dan apabila mereka datang untuk menangkap aku, sudah tiada orang yang bersuara untuk ku.”

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu.
ReplyDeleteorang yang yahudi kat jerman nak tunjuk besar kepala bukan kuat kerja. mana hitler tak marah
memang patut pun dibunuh.
tengok bila depa kuat sikit apa depa buat kat orang palastin.yahudi suka menindas n jahat yahudi memang dirakamkan kan oleh Allah dalam Quran
pi mampuih lah yahudi n penyokongnya