Friday, February 17, 2017

Adakah Nik Abduh menganggap arwah Ayahnya bodoh di dalam menilai sesuatu?

Adakah Nik Abduh seorang yang kasyaf berupaya mengetahui perkara buruk yang menanti? Bagaimana pula keadaan negara di masa depan nanti dengan perilaku pemimpin yang berkuasa kini?

Aku rasa lebih baik PAS dibubarkan dan ahlinya menganggotai UMNO saja supaya Melayu tidak berpecah dan negara tidak jatuh ke tangan DAP kalau inilah perkiraan Nik Abduh. jadi mereka boleh bersama-sama memertabatkan Islam di negara ini bersesuaian dengan kehendak dan fahaman PAS

Mana bahaya Umno atau DAP, soal Nik Abduh
16 Februari 2017 | DALIA ISMAIL
Nik Mohamed Abduh Nik Aziz

Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh Pas dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda Pas Nik  Mohamad Abduh Nik Aziz   berkata, kenyataan terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir untuk "tidak sujud" di kaki Pas telah menamatkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Bersatu telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan. Justeru ujarnya, kekuatan Pas untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata kerana  DAP, PAN (Parti Amanah Negara), PKR danBersatu dakwanya terus menerus menyerang Pas  bahawa Pas adalah rakan Umno. 

"Bagi Pakatan Harapan, undi Pas adalah undi Umno. Maka jangan undi Pas. Bagi Umno, undi Umno adalah undi Pas. Maka undilah Umno.

"Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah sama ada untuk Umno- BN ataupun untuk Pakatan Harapan. Hilangkan kemenangan untuk Pas.

"Adakah itu sukar buat Pas? Ya, Pas sentiasa sukar perjuangannya.

"Tetapi kemenangan dan kekuatan Pas hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. Pas sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'," terangnya seperti dicatat dalam facebooknya pagi ini.

 Ahli Parlimen Pasri Mas berkata, Umno tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada Pas. Rekod buruk Umno terhadap Pas ujarnya, mesti dipadamkan demi survival Umno.

Manakala Pakatan Harapan tidak pula mampu memomokkan rekod buruk Pas dalam Pakatan Rakyat dulu sebagai peluru ampuh buat membedil Pas.

"Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa Pas dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

"Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh Pas adalah menghujahkan perbuatan baik Umno kepada Pas sebagai bukti bahawa Pas dan Umno adalah satu.

"DAP menjaja Pas menyokong Umno. Bersatu menjaja Pas makan dedak Umno. PKR menjaja Pas menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara," ujarnya.

Sambung Nik Abduh lagi, Pas menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya.

"Pas akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. Pas setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

"Walau baik mana sekali pun Umno terhadap Pas, Pas akan kekal bersendirian melawan Umno. Umno adalah musuh tradisi Pas dalam politik.

"Jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika Umno bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun Umno pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri.

"Pas telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. Pas telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

"Pas mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama.

"Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti.

"PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

"Orang bertanya mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan," ujarnya.

4 comments:

  1. Jangan main2 ngan nik abdoh tu dia ada kasyaf cakar rimau..dia boleh nmpak perkara yg belum terjadi..dah terkena penyakit bawaan umno..

    ReplyDelete
  2. Tak payah layan bang din budak ni
    Stupid idiot
    Arwah ayah mmg tak ada tandingan
    Idola semua orang
    Turun ko anak hancur lebur
    Perasan hebat
    Penjilat tegar hadi awe dio ni

    ReplyDelete
  3. Keno jilat hadi awe tu. Baru boleh terus jd mp. Tp tidor dlm parlimen. Lwn umno tp sekongkol dgn umno?. Nik abodoh ni otak nye tahap spm. Kesian pas

    ReplyDelete
  4. Dalam politik bukan kira mana yang bahaya.

    Tapi mana yang boleh membantu kemenangan.

    Mengunakan hujah ini tolong ketepi kan bahagian membantu rakyat. Itu tak di nafikan.

    Tanya lah sesiapa pun, mana yang mudah memberi kemenangan, PH atau UMNO ?

    Politik PAS ialah menang dengan apa cara pun sekalipun berbaik dengan UMNO. Mana baik nya UMNO jika PAS kata bahaya?

    Bila menang PAS kena ikut UMNO.

    DAP bahaya sebab anti Islam? Kalau UMNO tak anti Islam rakyat tak perlu bayar hutang yang di buat oleh pimpin UMNO.

    PAS tidak berbaik dengan DAP sudah tentu MAC pun tak berbaik dengan PAS.

    Jangan ambil perbandingan bahaya UMNO dengan DAP tetapi antara DAP dengan MCA.

    Bahaya PPBM dengan UMNO

    ReplyDelete