Sunday, February 19, 2017

Hudud : Jangan Sibuk nak potong tangan pencuri basikal , Tapi membisu bila pepimpin curi berjuta-juta duit rakyat

*Apakah Yang Mengelirukan?*

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.
Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. 

Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. 

Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan rakyat dijaga. 

Sejak bertahun lamanaya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru. 
Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. 

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik. 

*Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?*

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti. Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama. 

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?! 

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya. 

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama. 

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan. 

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?! 

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain. - sumber

2 comments:

  1. Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

    bukan sibuk nak potong tangan pencuri
    utama kebajikan lani buat apa tangkap pencuri
    biar pi la depa mencuri kebajikan mesti diutamakan
    curi teloq ayam pun penjara 6 bulan kesian la pulak tengok (ikut lodrid)tapi curi jutaan tak kena apa pung ok saja.hidup selambaria
    dalam proses untuk membangun kehidupan mesti ada hukum yang berjalan sama kalau tidak macam mana nak tangani manuisa ynag memang suka langgar hukum
    hukum hukum dari Allah tak boleh jalan dalam kehidupan orang Islam tapi mau berhukum ngan hukum jahiliah .ini ajaran sapa pulak ???
    dah 60 tahun membangun tak bangun bangun ka lagi?

    mamat ni sibuk duk kutuk bukan sibuk nak betulkan saudara Islam agar kembali berhukum hukum denagn perintah Allah.
    kat negeri dia subuh tak da Qunut ikut mazhab mana dia ni sebenarnya
    kata mengaji tinggi berapa kitab dia yang ornag boleh baca dalam tazkirah (macam kitab bahrulmazi dll banyak lagi yang dikarang oleh ulamak dahulu)
    Islam hari ini dipandang hina
    pasai umat islam tak mau dan penakut untuk amal ajaran dalam Islam tu sendiri
    memang pun islam dipandang hina sejak dari dulu lagi apa nak heran tak perlu heran pung
    yang heran ada orang islam takut berhukum dengan hukum Allah. bial kata macam kapir
    oi bukan main marah konon (itu hakikatnya)

    cakap aja dalam solat Katakanlah: "Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
    tipu aja lebih
    baru cerita nak berhukum ngan hukum Allah pun dah takut. takut susah dll
    memanglah setiap sesuatu yang manusia tak suka bial nak dijalankan ada bantahan
    Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
    sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
    jangan jadi muanfik mati munafik

    ReplyDelete
  2. Dr MAZA ini bijak dan realiti orang nya

    Wajar jadi MUFTI Seluroh Malaysia bukan saja Perlis

    Yang lain tuh makan gaji baca skrips saja macam Mufti Genting

    ReplyDelete